KISAH ISTERI KEMBALI TENANG KERANA KELEBIHAN ISTIGHFAR


Seseorang menceritakan kisahnya, Pada suatu hari, aku menuju pulang ke rumah setelah seharian penuh merasakan kepayahan dan keletihan. Sesudah tibanya aku dirumah, yang mana tatkala aku membuka pintu, ternyata isteriku telah menanti kedatanganku serta tampak pada dirinya tanda-tanda marah dan emosi.

Ia pun bergegas menegurku dengan pertanyaan bertubi-tubi. Kerana tak kuasa menahan diri, aku menegurnya dengan kemarahan dan emosi pula. Padahal, saat itu waktu menunjukkan akhir malam. Perdebatan dan amarah pun berlanjutan hingga menjelang subuh.

Akhirnya, isteriku mengambil keputusan untuk meninggalkan rumah untuk pergi ke rumah orang tuanya. Aku pun berusaha membatalkan keputusannya, namun tidak berhasil. Ia pergi ke kamar dan berkemas-kemas menyiapkan beg pakaiannya untuk meninggalkan rumah. Lantas aku keluar dari rumah dan saat itu aku tidak tahu kemana inginku tuju. Saat itu aku berada dalam keadaan sangat marah dan emosi.
Berhampiran dengan rumahku terdapat sebuah masjid. Sementara azan subuh hampir berkumandang, aku pun masuk ke dalam masjid, lalu berwudhu. Setelah itu, aku mengerjakan solat dua rakaat. Tak lama kemudian, azan subuh berkumandang. Aku mengerjakan solat subuh dengan berjemaah. Selesai solat, aku tetap berada di dalam masjid, aku mulai beristighfar kepada ALLAH. Keadaan ini berlangsung hingga hampir satu jam.

Lantas aku bangun untuk pulang ke rumah. Tatkala pintu kubuka, ternyata isteriku sedang duduk menantikan kedatanganku. Namun kali ini, di wajahnya terpancar senyuman yang lebar.
Setelah kuucapkan salam, aku pun bertanya kepadanya, " Masihkah kau berketetapan hati untuk pergi meninggalkan rumah?" Isteriku menjawab, "Tidak, aku menyesali atas semua perbuatanku."
Aku bertanya kepada diriku sendiri, " Ada yang aneh, apa yang sebenarnya terjadi?" lalu aku bertanya kepadanya tentang rahsia dari perubahan sikapnya. Ia menjawab, " Demi ALLAH, aku tidak tahu. Akan tetapi, semenjak satu jam yang lalu jiwaku mendadak menjadi tenang serta aku tahu bahawa akulah yang bersalah. ALLAH telah memberi petunjuk kepadaku." Maafkanlah aku diatas segala apa yang telah aku lakukan padamu.
Saat itu aku teringat, bahawa pada saat yang bersamaan itulah aku mulai duduk beristighfar kepada ALLAH. Dan teringat aku pada sabdaan Nabi S.A.W, " Barangsiapa yang memperbanyakkan beristighfar, nescaya ALLAH menjadikan baginya kemudahan dari setiap kesusahan dan jalan keluar dari setiap kesempitan, serta Dia juga akan memberikan rezeki kepadanya dari arah yang tak disangka-sangka."...SUBHANALLAH..MAHA SUCI ALLAH...
Ternyata, istighfar mempunyai kekuatan, keutamaan juga pengaruh yang kuat sesuai dengan niat kita yang ikhlas mengharapkan sesuatu daripada-NYA. Marilah kita banyakkan berzikir pada ALLAH S.W.T dengan hati tulus ikhlas mengharap sesuatu hanya pada-NYA. Dengan berzikir, setiap yang susah akan menjadi senang, stiap yang sukar menjadi mudah, semua bebanan yang berat akan menjadi ringan dan semua bala bencana akan terlenyap.
Terlalu banyak kelebihan-kelebihan zikir, yang mana antaranya:
  1. Zikir menjauhkan syaitan dan menghancurkan kekuatannya.
  2. Zikir menyebabkan keredhaan ALLAH S.W.T
  3. Zikir menjauhkan dukacita dan kerisauan daripada hati.
  4. Zikir menenangkan dan menggembirakan hati.
  5. Zikirmenguatkan hati dan badan.
  6. Zikir menyebabkan hati dan wajah bercahaya.
  7. Zikir menarik rezeki.
  8. Zikir melahirkan cinta terhadap ALLAH S.W.T dan cinta merupakan roh islam, sumber agama, kebahagiaan dan kejayaan. Sesiapa yang ingin mendapatkan cinta ALLAH maka hendaklah dia berzikir sebanyak-banyaknya. Sebagaimana membaca dan muzakarah merupakan pintu ilmu, demikianlah zikrullah merupakan pintu cinta akan ALLAH.
  9. Zikir menghampirkan seseorang kepada ALLAH S.W.T. Sebanyak mana seseorang itu berzikir maka sebanyak itulah dia akan hampir kepada ALLAH S.W.T. Sebaliknya sebanyak mana seseorang itu lalai daripada zikrullah maka sebanyak itulah dia jauh dari ALLAH S.W.T.
  10. Zikir membuka pintu makrifatullah.
  11. Zikir menghidupkan hati. Hafiz Ibnu Taimiyyah rah. berkata bahawa zikrullah bagi hati adalah seumpama air bagi ikan. Cuba fikirkan keadaan ikan tanpa air?.
  12. Zikir adalah makanan roh dan hati.
  13. Zikir membersihkan karat daripada hati sepertimana diterangkan dalam hadith bahawa setiap sesuatu ada karat dan kekotoran yang tersendiri. Karat dan kekotoran hati adalah keinginan nafsu dan kelalaian, yang hanya dapat dibersihkan melalui zikir.
  14. Zikir menjauhkan dosa dan maksiat.
  15. Sesiapa yang mengingati ALLAH S.W.T dalam kesenangan, ALLAH S.W.T akan mengingatinya dalam kesusahan.
  16. Zikir menyelamatkan seseorang dari azab ALLAH S.W.T.
  17. Zikir menyebabkan turunnya rahmat dan sakinah.
  18. Zikir adalah penghadang daripada api neraka. Sesiapa yang dimasukkan ke dalam neraka kerana sesuatu perbuatan yang buruk maka zikirnya akan menjadi penghadang antaranya dengan api neraka. Semakin banyak berzikir maka semakin kukuhlah pendinding itu.
Daripada Hazrat Abu Hurairah r.anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda," Sentiasalah memperbaharui iman kamu." Para sahabat bertanya, " Bagaimana kami membaharui iman kami, wahai Rasulullah?" Baginda S.A.W bersabda, " Perbanyakkanlah ucapan ' La ilahaillallah'. ( Hadith riwayat Iman Ahmad)

Firman ALLAH S.W.T, " Wahai orang-orang yang beriman berzikirlah (dengan menyebut nama ) ALLAH, sebanyak-banyaknya dan bertasbihlah kepadaNYA pada waktu pagi dan petang. Dialah yang memberi rahmat kepadamu dan malaikatNYA (memohon keampunan untukmu) supaya mengeluarkan kamu daripada kegelapan kepada cahaya (yang terang). Dan Dia Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman." ( surah Al-Ahzab: 41-43)
Ayat-ayat tersebut di atas menunjukkan bahawa rahmat ALLAH S.W.T dan doa para malaikat adalah hasil daripada zikrullah yang kamu kerjakan. Sebanyak mana kamu berzikir mengingati ALLAH S.W.T, sebanyak itulah kamu akan diingati. ALLAHUAKBAR.....

sumber: Buku Terapi dengan Ibadah