Catatan

Jagalah Solatmu...

Imej
بسم الله الرّحمن الرّحيم  اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم  السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته  Wahai kaum Muslimin,   Marilah kita bertakwa kepada Allah Azza wa Jalla dan menjaga shalat lima waktu kita serta mengerjakannya dengan penuh ketaatan. Ketahuilah, sesungguhnya shalat adalah tiang agama. Karena itu, tidak akan tegak agama seseorang yang meninggalkan shalat dan ia tidak akan mendapatkan bagian dalam agama ini. Menegakkan shalat adalah suatu bentuk keimanan dan meninggalkannya merupakan kekufuran. Maka, siapa yang menjaga shalatnya, maka hatinya akan bercahaya, demikian pula wajah dan kuburnya, dan saat dikumpulkan di Mahsyar, ia juga akan mendapat keselamatan pada hari kiamat. Dia akan dikumpulkan bersama orang-orang yang telah diberi kenikmatan oleh Allah Azza wa Jalla yaitu para nabi, shiddîqîn, syuhadâ` dan shâlihîn. Adapun sebaliknya, siapa yang tidak menjaga shalatnya, dia tidak akan mendapatkan cahaya dan keselamatan pa...

Jiran Nabi s.a.w di dalam syurga

Imej
بسم الله الرّحمن الرّحيم  اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم  السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته   Alhamdulillah 'ala kulli haal...Kembali dengan sedikit perkongsian..:)   Didoakan semoga sahabat semua sihat sejahtera hendaknya, sentiasa dalam pemeliharaan ALLAH walau dimana jua sahabat berada...Aamiin Ya Rabb.  *** Seorang sahabat Nabi S.A.W. bernama Rabi'ah bin Ka'ab al-Aslami suatu ketika pernah melayani Nabi S.A.W. dengan penuh khidmat. Beliau mengambil air untuk berwudhu' kepada Baginda setiap kali hendak solat juga memenuhi semua hajat dan keperluan Baginda.  Untuk membalas kebaikan ini, Rasulullah S.A.W. bersabda kepadanya:  " Wahai Rabi'ah, mintalah sesuatu daripadaku."  Rabi'ah menjawab: " Aku minta agar dapat bersama tuan disyurga. "  Baginda bersabda lagi: " Apakah ada permintaan yang lain? "  Rabi'ah berkata: " Itu sahaja. "  Rasulullah lalu bersabda: ...

Kita Akan Dapat Apa Yang Kita Usahakan

Imej
بسم الله الرّحمن الرّحيم  اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم  السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته  Kita Akan Dapat Apa Yang Kita Usahakan. Nabi Isa Alaihissalam memerintahkan 12 orang murid beliau berdakwah di seluruh pelusuk dunia. Salah seorang darinya berdakwah di sebuah kota besar. Ketika memyampaikan ilmunya, seorang lelaki mencabar agar beliau menunjukkan tanda bahawa beliau seorang murid Nabi Isa Alaihissalam dengan menghidupkan orang yang mati di sebuah kubur di hujung kota. Semua yang mengikuti kuliah beliau terpingga-pingga. Ketika mereka tiba di kuburan tersebut beliau berdoa semoga ALLAH memghidupkan jenazah yang telah lama dikebumikan itu sebagai pengajaran kepada anak didik disekelilingnya. Dengan kuasa ALLAH, orang tersebut bangun dari kuburnya dan menjerit-jerit: "Keldaiku.....mana keldaiku....keldaiku...." Semua terpaku. Pertama dengan anugerah daripada ALLAH, kedua kenapa keldai yang dijeritkan oleh mayat tersebut. Maka,...

Taujihat indah Sheikh Habib Munzir bin Fuad Almusawa

Imej
بسم الله الرّحمن الرّحيم اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته "ALLAH Pelindung orang-orang yang beriman; DIA mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (Iman)..." - QS al-Baqarah ayat 257. Maha Suci ALLAH Penguasa Keabadian di bentangan jagad raya semesta, Maha Suci ALLAH Yang Maha Menghamparkan Angkasa Raya dengan Cahaya yang senantiasa berpijar mencerminkan keindahan~NYA, Maha Suci ALLAH Yang Maha Mengasuh dan mengayomi pengaturan segenap makhuk~NYA dilangit dan bumi, "Maka Bertasbih Pada~NYA Seluruh Apa Yang di Langit dan bumi dan Dia Maha Perkasa dan Maha Menghakimi." - QS Al-Hasyr ayat 24 Maka merugilah orang-orang yang bermaksiat kepada~NYA, karena setiap dosa berarti pengingkaran atas~NYA, dan Alam semesta ini tidak rela dengan pengingkaran atas ALLAH `Azzawajalla, sebagaimana firman~NYA menceritakan bahwa Alam ini akan runtuh dan hancur karena dosa manusia yang menantang kemurkaan~N...

Saudara seislamku...

Imej
بسم الله الرّحمن الرّحيم اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته *** 'Perumpamaan orang mukmin terhadap orang mukmin yang lain adalah seumpama badan,  jika salah satu anggota badan sakit maka seluruh jasad ikut merasakan sakit hingga merasa demam.''  (HR Bukhari dan Muslim). Sahabat yang dikasihi... Bilamana kita seorang MUKMIN... tidak mungkin kita merasakan tenang dan bahagia dengan kesusahan orang lain, kerana perumpamaan orang MUKMIN itu umpama satu jasad, bila satu anggota merasa sakit, maka akan terasalah semua anggota lainnya... Ana yakin sahabat semua turut merasai apa yang ana rasai... Kita semua sangat-sangat bersedih atas apa yang berlaku.  Telah sekian lama, saudara seislam kita terus ditimpa dengan pelbagai kesusahan, mereka ditindas, dianiaya, dizalimi malah dibunuh tanpa belas kasihan... Allahurabbi! berdoa dan teruslah berdoa buat mereka di 'sana'....

Tarbiyyah Seorang Ibu

Imej
بسم الله الرّحمن الرّحيم اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته Dialog nabila & mama: Nabilah:   Mama, semalam Nabilah lapar. Nabilah doa…Tapi, Allah tak datang-datang pun..Allah dah mati kot Saya:  Isy, Allah tak pernah mati, Nabilah  (jawab saya ringkas kerana masih memikirkan jawapan yang terbaik untuk pernyataannya) Nabilah:  oo..kalau macam tu, mungkin Allah tengah tidur..atau Allah sedang sibuk (Kali ini saya menumpukan perhatian kepada pernyataan anak perempuan saya..) Saya:   Nabilah, Allah tak mati dan Allah tak pernah tidur dan Allah tidak sibuk. Allah tidak sama macam manusia. Nabilah:   Tapi..kenapa Nabilah doa, Allah tak datang pun?  (datang atau dalam erti kata lain maqbulkan) Saya:   Nabilah, adakalanya Allah tidak makbulkan doa kita pada masa itu. Tetapi Allah akan makbulkannya pada masa yang lain. Dan adakalanya, Allah tidak makbulkan doa ...

Eid Mubarak 1434 H

Imej
بسم الله الرّحمن الرّحيم اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته Manakala mentari akhir Ramadhan telah tenggelam di Ufuk barat  Dan fajar keemasan satu Syawal 1434 H  menyeruak indah  Diiringi gemuruh takbir kembali kita ke insan yang fitri. Semoga Ramadhan yang telah kita lewati bersama,  menjadi pendorong untuk kita terus beramal keranaNYA.  Taqabbalallahu minnaa wa minkum..Kullu 'amm wa entum bikhoir  Mohon maaf atas segala kesalahan dan kekhilafan, Semoga ALLAH swt senantiasa melimpahkan rahmat-Nya kepada kita semua. Aamiin. ***  p/s: pada sahabat2 yang sedang memandu, hati2 dlm perjalanan.  Semoga kalian selamat sampai ke tempat tujuan.  Salam Mahabbah..Barakallahu fikum :) ~ Al FaQirah Ila Rabbi ~

The Only Living Sahabi

Imej
بسم الله الرّحمن الرّحيم اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته TAHUKAH ANDA APAKAH POHON INI ? ✔ Inilah pohon yang memahami cinta buat Nabinya Muhammad SAW Pohon yang diberkati. ✔ Sehingga sekarang pokok ini masih hidup lagi di Jordan. Sebab itu ianya digelar “the only living sahabi” atau “sahabat Nabi yang masih hidup”. Sedikit sejarah mengenainya… ✔ Ketika Rasulullah SAW keluar ke Syam bersama Maisarah -pekerja Sayyidatuna Khadijah ra- untuk berniaga, Baginda SAW pernah berteduh di bawah pohon ini sebelum sampai ke sana. ✔ Semasa Baginda SAW berteduh di bawahnya, dahan dan ranting² pohon ini bergerak menaungi Baginda SAW daripada cahaya matahari. ✔ Seorang paderi yang melihat kejadian ini datang bertemu Maisarah & menunjukkan kepadanya pohon tempat teduhan Rasulullah SAW itu dengan berkata: “Hanya seorang Nabi sahaja yang berteduh di bawah pohon ini.” ✔ Pohon ini terletak di tengah padang pasir bernama B...

::Ilmu menjadikan kita takut kepada Allah::

Imej
بسم الله الرّحمن الرّحيم اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته Pada hari ini, kita melihat rata-rata umat Islam di negara ini sudah mula berjinak-jinak dengan majlis-majlis ilmu dan ulama. Di masjid-masjid dan surau-surau majlis-majlis pengajian ilmu semakin rancak diadakan. Ia mendapat sambutan yang memberangsangkan dari segenap lapisan masyarakat yang dahagakan ilmu dan pentarbiahan hatta terdapat masjid yang mengadakan majlis pengajian pada setiap malam. Ini suatu perkembangan yang baik kepada peningkatan kualiti umat Islam di negara ini dan agama Islam itu sendiri. Persoalannya, apakah ilmu yang mereka perolehi ini benar-benar memberikan manfaat dan kesan ke dalam diri mereka? Ketahuilah, bahawa sebaik-baik ilmu ialah ilmu yang menjelmakan perasaan takut kepada Allah SWT. Iaitu, takut yang disertai perasaan membesarkan Allah dan menumbuhkan amal. Allah SWT telah memuji para ulama melalui firman-Nya: Sebenarnya yang...

:: Salam kemenangan Aidilfitri ::

Imej
بسم الله الرّحمن الرّحيم Allahumma sholli ‘alaa sayyidina Muhammad, wa ‘alaa aalihi wa shohbihi ajma’iin… السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته Kini Ramadhan telah pun berakhir, sedih lantaran harus berpisah dengannya, adakah mungkin bertemu kembali? Allahu Rabbi! Y___Y" Allahu 'alam..Semoga amal ibadah kita semua, diterima oleh Allah SWT..aamiin InsyaAllah Sedikit perkongsian dari sahabat baik...sama-sama kita hayati serta usaha amalkannya..:) ***** Hari Raya 'Idul Fitri yang pasti jatuh pada tanggal 1 Syawal merupakan hari yang sangat istimewa. Seluruh kaum muslimin di berbagai belahan bumi bersuka cita merayakannya sebagai Hari Raya 'Idul Fitri. Bergembira, kerana hari raya itu merupakan rahmat Allah yang diberikan kepada umat Nabi Muhammad SAW. Disebut 'Id, kerana pada hari itu Allah memberikan berbagai macam kebaikan kepada hamba~Nya. Di antara kebaikan itu adalah berbuka setelah adanya larangan makan dan minum selama bulan suci Ramadhan,...