Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Renungan

Antara Dua R.e.d.h.a

Imej
بسم الله الرّحمن الرّحيم اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته *** "Antara Dua R.e.d.h.a"    Dalam kehidupan di dunia ini, kita sebenarnya tersepit diantara dua redha. Iaitu redha ALLAH dan redha manusia. Kebiasaanya, dua perkara ini saling berlawanan. Namun ada juga dalam sesetengah perkara, dua konsep ini seiringan. Bila? Itulah pentingnya persekitaran yang baik. Andai kita mempunyai kenalan yang sentiasa baik, dan b erada di persekitaran yang baik-baik, nescaya tidak menjadi masalah kepada kita untuk mengejar redha ALLAH. Namun, jika kita mencari kenalan seberapa ramai yang boleh di jalan maksiat, serta tinggal di persekitaran yang tidak baik, amat sukar untuk kita mengejar keredhaan ALLAH, kerana manusia akan mencemuh kita dan meminggirkan kita.  Sabda Nabi Muhammad s.a.w ; “Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, “islam itu bermula sebagai sesuatu yang asing, dan akan kembal...

Top UP- Renungan bersama

Imej
Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamu'alaikum wbt.. Allahumma sholli ‘alaa sayyidina Muhammad, wa ‘alaa aalihi wa shohbihi ajma’iin… ______________________________________________ TOP UP “Maaf,baki anda tidak mencukupi untuk membuat panggilan”.. Kita sering saja mendengar perkataan ini daripada operator telefon apabila kita kehabisan kredit.Selalunya,apabila kita ingin membuat panggilan,lebih-lebih lagi kepada yang tersayang,apabila mendengar perkataan ini keluar dari telefon,kita akan berasa kecewa dan terus bergegas mencari bekalan ‘topup’.Kita akan memastikan bahawa kredit kita sentiasa penuh.Tetapi,pernah tidak kita aplikasikan ini kepada sesuatu yang lain? Cuba kita bayangkan.Satu hari,satu suara berkata kepada kita..“Maaf,pahala anda tidak mencukupi untuk membolehkan anda masuk ke syurga”.Pernah tak kita berfikir seperti itu?Bayangkan di hari kebangkitan nanti,perkataan seperti itu diucapkan kepada kita.Bagaimana agaknya perasaan kita ketika itu?Apakah kita masih boleh men ‘top...

Bahaya Cinta Dunia

Imej
Bismillahirrahmanirrahim Assalamu'alaikum wbt, Allah SWT banyak sekali menerangkan dalam Al-Qur’an tentang hakikat kehidupan dunia dan menganjurkan kepada kita agar bersikap zuhud terhadapnya serta memperingatkan kita akan bahaya cinta dunia tersebut, demikian pula Rasulullah SAW dalam sabda –sabdanya. Allah SWT berfirman: “Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak.” (QS. Al-Hadiid: 20) Allah SWT berfirman : “Dan semuanya itu tidak lain hanyalah kesenangan kehidupan dunia, dan kehidupan akhirat itu di sisi Tuhanmu adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.” (QS.Az-Zukhruf: 35) Allah SWT berfirman: ”Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenagan yang memperdayakan.” (QS. Ali Imran: 185) Allah SWT berfirman: “ Tetapi kamu (orang-orang kafir) memilih kehidupan duniawi. Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal.” (QS. ...

Manisnya Tahajjud

Imej
Bismillahirrahmanirrahim.... "Malam itu gelap gelita tetapi ia amat indah. Di muka langit bertaburan bintang-bintang yang berkelipan, disisi bulan yang terang benderang. Untuk apakah Allah s.w.t jadikan malam? Ada waktu malam yang dihiasi dengan munajat kepada Allah s.w.t dan ada malam yang dihiasi dengan derhaka kepada Allah s.w.t. Jadi malam itu tidak sentiasa indah dan permai kerana ia bergantung kepada penghuni-penghuninya. Bagi orang-orang yang soleh merindui malam ibarat pengantin menanti malam pertama. Kerana pada waktu malam untuk mereka bermesra-mesra dengan Tuhannya. Pada waktu malam tiada kebisingan kecuali mereka mengadu dan bermunajat kepada Tuhannya. Kalau sepasang kekasih mencari waktu malam untuk memadu kasih, maka tidak hairan kalau orang-orang yang soleh juga menggunakan waktu malam untuk memadu cinta sejati dengan Allah s.w.t. Berkata Al Fudhail bin Iyadh, "Apabila terbenam matahari maka saya gembira dengan gelap. Dan apabila terbitnya matahari maka ...

Hikmah Tersembunyi...

Imej

TUJUH MACAM PAHALA

Imej
Dari Anas r.a berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya: Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakanya. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia di amalkan oleh orang yang mempelajarinya. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya, yakni anak yang selalu di ajari ilmu Al-Quran maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri. Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah...

KELEBIHAN UMAT MUHAMMAD S.A.W menurut pandangan NABI ADAM A..S

Imej
Disebutkan bahawa Nabi Adam a.s telah berkata," Sesungguhnya ALLAH S.W.T telah memberikan kepada umat Muhammad S.A.W empat kemuliaan yang tidak diberikan kepadaku: Taubatku hanya diterima di kota Mekah, sementara taubat umat Nabi Muhammad S.A.W diterima di sebarang tempat oleh ALLAH S.W.T. Pada mulanya aku berpakaian, tetapi apabila aku berbuat derhaka kepada ALLAH S.W.T maka ALLAH S.W.T telah menjadikan aku telanjang. Umat Nabi Muhammad S.A.W membuat derhaka dengan telanjang, tetapi ALLAH S.W.T memberi mereka pakaian. Ketika aku telah berderhaka kepada ALLAH S.W.T, maka ALLAH S.W.T telah memisahkan aku dengan isteriku. Tetapi umat Nabi Muhammad S.A.W berbuat derhaka, ALLAH S.W.T tidak memisahkan isteri mereka. Memang benar aku telah derhaka kepada ALLAH S.W.T dalam syurga dan aku dikeluarkan dari syurga, tetapi umat Nabi Muhammad S.A.W derhaka kepada ALLAH S.W.T, akan dimasukkan ke dalam syurga apabila mereka bertaubat kepada ALLAH S.W.T.

SUDAHKAH KITA MENGETUK PINTU INI??

Imej
Wahai sahabatku yang sedang di landa duka nestapa, yang sedang di landa kesedihan, yang dunia sedang tidak memihak kepadamu dan tertutup semua pintu rezeki bagimu, yang sedang tertimpa kefakiran dan lelah dengan segala usaha sedang segala pintu tertutup!. Tanya pada diri, " Sudahkah kita mengetuk pintu ini? Pintu yang tiada pernah tertutup kerana Pemiliknya Zat Yang Maha Pemurah, Hidup, dan terus-menerus mengurus (makhluk-NYA) serta Zat yang tidak pernah mengantuk dan tidur. Pemilik pintu tersebut senantiasa melihat tempatmu berada dan mendengar perkataanmu. Tiada suatu apa pun yang disekelilingmu tersembunyi dari-NYA. Tahukah kita pintu apakah itu? Itulah pintu Doa. Tahukah siapa Pemiliknya? Pemiliknya Zat Yang Maha Pemurah, Maha Pengasih, Maha Penderma. Pemurah yang tidak bakhil dan Penderma yang perbendaharaannya selalu penuh, tidak pernah surut dan berkurang. Dialah ALLAH Yang Maha Agung. Tempat bersimpuh bagi yang berduka, tempat meminta tolong bagi yang tertimpa musibah,...

Renungan Bersama...

Khalil bin Ahmad menyatakan, bahawa darjat manusia terbahagi kepada empat macam, iaitu: Manusia yang tahu (mengerti), dan dia tahu bahawa ia tahu. Yang demikian ialah manusia yang berilmu, yang boleh dijadikan pemimpin. Manusia yang tahu tapi dia tidak tahu bahawa dia tahu. Orang yang demikian sedang tertidur dan perlu dibangunkan. Orang yang tidak tahu, dan dia tahu bahawa dia tidak tahu. Orang yang demikian perlu dibimbing supaya menjadi cerdas. Orang yang tidak tahu dan tidak tahu bahawa dia tidak tahu. Orang yang demikian harus dijauhi. Manusia terdiri daripada 4 golongan: Senang di dunia dan senang di akhirat. Susah di dunia dan senang di akhirat. Senang di dunia dan susah di akhirat. celaka di dunia dan celaka di akhirat...(Nau'zubillah) 4 perkara yang tidak pernah puas dari 4 perkara: Tanah dari air Wanita dari laki-laki Mata dari memandang (melihat) Orang Alim dari ilmu 4 perkara yang membinasakan: Penglihatan yang tertutup Hati yang kesat ...