Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Hidayah ALLAH

Mereka yang telah mendapat Hidayah dari ALLAH...

Imej
Williem Michael Machillin ....Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya: “Dengan mengingati mati cukuplah bagi seseorang untuk tidak menyukai dunia, dan menyukai akhirat.” (HR. Ibn Abi Syaibah dan Ahmad) At-Tabari pula meriwayatkan, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya; “cukuplah kematian itu sebagai nasihat untukmu.” Justeru itulah, maka Rasulullah SAW menyuruh kita supaya memperbanyak mengingat kepada hancurnya semua kenikmatan dunia, iaitu mati, sebagaimana baginda menyuruh kita untuk memperbanyak menziarahi kubur. Hanya kerana dengan demikian akan mengingatkan kita kepada akhirat dan sesungguhnya dengan menyaksikan kematian itu juga telah ramai orang yang bertaubat dan kembali kepada jalan yang benar. Adapun saudara baru kita ini bernama Khalid Markin yang sebelum Islamnya bernama Williem Michael Machillin, dia masuk Islam disebabkan menyaksikan kematian. Kematianlah yang mendorong ia untuk berfikir tentang perkara-perkara sesudah kematian itu dan...