Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Ramadhan

PERKARA ASAS YANG MEMBATALKAN PUASA

Imej
بسم الله الرّحمن الرّحيم Allahumma sholli ‘alaa sayyidina Muhammad, wa ‘alaa aalihi wa shohbihi ajma’iin… السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته PERKARA ASAS YANG MEMBATALKAN PUASA IALAH: Sebagaimana yang disepakati (Ittifaq) ulama' berdasarkan kepada nas al-Quran, hadis dan ijma’ ialah empat perkara; 1) Makan. 2) Minum. 3) Jima’. Dalilnya ialah firman Allah swt yang bermaksud: “...Maka sekarang campurilah mereka (isteri kamu) dan ikutilah apa yang telah ditetapkan Allah untukmu, dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam, yaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sampai (datang) malam...”. [Al-Baqarah:187] 4) Haid dan Nifas. Dalilnya hadis Abu Said al-Khudri yang bermaksud: Sabda Rasulullah saw: “Bukankah perempuan itu apabila mereka haid, tidak bersolat dan tidak berpuasa…”. [Bukhari: 304, Muslim: 79] Antara perkara yang membatalkan puasa lagi (menurut mazhab asy-syafie) ialah: 5) Sampai sesuatu (‘ain) ke dalam rongga (al-Jauf) melalui...

PUASA JALAN MENCAPAI TAQWA

Imej
Bismillahirrahmanirrahim... Seluruh pujian hanya untuk Allah Penguasa alam semesta, shalawat dan salam yang paling utama dan paling sempurna kepada Uswatun Hasanah Nabi Muhammad SAW beserta keluarganya, seluruh sahabatnya, para penyeru al-Haq, dan para pemimpin kebaikan yang selalu berusaha menegakkan kalimatullah hingga hari kiamat, Aamiin. Ahlan Ya Ramadhan kareem! Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.... ♥ PUASA JALAN MENCAPAI TAQWA ♥ Sesungguhnya matlamat utama ibadah puasa ialah untuk mencapai taqwa, sesuai dengan firman Allah SWT bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sepertimana diwajibkan atas orang yang sebelum kamu agar kamu bertaqwa”(Surah Al-Baqarah : 183). Jika kita mahu merenung iaitu mengapa Allah SWT memilih puasa untuk mencapai taqwa? Mengapa Allah SWT tidak memilih solat sebagai tiang agama untuk mencapai taqwa, tidak pula melalui zakat, haji dan lain-lain. Bermakna puasa itu adalah ibadah yang sangat istimewa. ...

TAZKIRAH RAMADHAN: EMPAT TUNTUTAN

Imej
Bismillahirrahmanirrahim Allahumma sholli ‘alaa sayyidina Muhammad, wa ‘alaa aalihi wa shohbihi ajma’iin… Assalamu'alaikum w.b.t buat sahabat-sahabat yang dikasihi ALLAH S.W.T sekalian, semoga semuanya berada dalam dakapannya iman dan taqwa kepada ALLAH...aamiin. TAZKIRAH RAMADHAN: EMPAT TUNTUTAN "Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang yang bertakwa." - Surah Al Baqarah: 183- Ramadhan adalah bulan yang amat bermakna bagi mereka yang tahu menilai dan menghargai kelebihannya. Ramadhan merupakan masa untuk menguji tahap kesabaran, waktu menunjukkan simpati kepada yang memerlukan ihsan, juga bulan mulia untuk menambah ibadat dan amalan. Rasulullah SAW telah menggariskan empat amalan utama yang digalakkan dalam bulan ini iaitu; 1. Melazimkan bacaan kalimah taiyibah; 2. Beristighfar; 3. Memohon memasuki jannah dan 4. Berlindung dengan-Nya daripa...

DOA MALAM LAILATUL QADAR

Diriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya: Aku bertanya: Wahai Rasulullah, Apa pendapat kamu sekiranya aku mengetahui (mendapati) malam lailatulqadar, apakah yang harus aku baca pada malam tersebut? Baginda S.A.W. bersabda: "Bacalah doa dari ayat: Yang bermaksud: (Ya ALLAH, Sesungguhnya Engkau adalah Zat Yang Maha Pengampun dan suka memberi pengampunan, oleh yang demikian ampunilah diriku)." (Hadis riwayat Imam Tirmizi). Pengajaran Yang Boleh Diambil Dari Hadis: 1- Permintaan yang paling penting bagi orang Islam ialah kesuciannya dari segala dosa dan penebusan diri dari perbuatan maksiat. 2- Galakkan supaya memohon keampunan daripada ALLAH S.W.T dan sentiasa memohon keampunan tersebut lebih-lebih lagi pada masa yang dimakbulkan segala doa terutamanya pada malam lailatulqadar. 3- Di antara tanda-tanda malam lailatulqadar ialah terasa lapang dada, orang Islam terasa tenang jiwa bersama ALLAH S.W.T, cuaca dan suasana malam dalam keadaan sederhana serta matahari terbit...

LAILATULQADAR - GANJARAN ISTIMEWA BAGI MUJAHID

Imej
Alhamdulillah ALLAH telah memberi peluang kepada kita menikmati Ramadhan tahun ini, bulan keampunan, bulan rahmat dan bulan pelepasan dari neraka. Peluang hanya datang setahun sekali tahun depan kita belum pasti bertemu Ramadhan lagi. Seharusnya kita mengambil kesempatan dan peluang yang terbuka luas ini bagi merebut tawaran maha hebat yang tidak pernah ditawarkan oleh mana-mana agensi dan syarikat pasaraya di dunia ini.. Nabi Muhammad S.A.W sekembalinya dari satu peperangan, memberitau para sahabatnya bahawa mereka baru kembali dari satu peperangan yang kecil dan sedang menuju ke satu peperangan yang lebih besar dan lebih sengit. Para sahabat menjadi bingung dan tertanya-tanya adakah peperangan yang lebih hebat daripada itu. Nabi menjelaskan peperangan yang dimaksudkan yang lebih dahsyat ialah berperang degan hawa nafsu. Berperang dengan nafsu dikatakan jihad yang lebih besar daripada peperangan dengan senjata yang boleh meragut nyawa sendiri. Bagi kebanyakan kita, perkara yang paling...

KHUTBAH RASULULLAH S.A.W MENYAMBUT RAMADHAN

Imej
“Wahai manusia, sungguh telah datang pada kalian bulan Allah dengan membawa berkah rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia di sisi Allah. Hari-harinya adalah hari-hari yang paling utama. Malam-malamnya adalah malam-malam yang paling utama. jam demi jamnya adalah jam-jam yg paling utama. Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakan oleh-Nya. Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih, tidurmu ibadah, amal-amalmu diterima dan doa-doamu diijabah. Bermohonlah kepada Allah Rabbmu dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbingmu untuk melakukan shiyam dan membaca Kitab-Nya. Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah di bulan yang agung ini. Kenanglah dengan rasa lapar dan hausmu, kelaparan dan kehausan di hari kiamat. Bersedekahlah kepada kaum fuqara dan masakin. Muliakanlah orang tuamu, sayangilah yang muda, sambungkanlah tali persaudaraanmu, jaga lidahmu, tahan pandanganmu dari apa yang tidak halal kamu memandangnya dan pendengaranmu da...

10 POHON RAMADHAN..

Imej
Ibarat sebuah tanaman, maka amaliyah Ramadhan adalah pohonnya. Mediumnya adalah bulan Ramadhan. Pohon apa yang kita tanam di medium Ramadhan, itulah yang akan kita petik, itulah yang akan kita nikmati. Karena “siapa menanam dia yang menuai”. Pertanyaannya; Pohon apa saja yang perlu kita tanam di bulan suci ini? Paling tidak ada 10 pohon Ramadhan yang mesti kita tanam di medium bulan Ramadhan ini: Pohon pertama, shaum. Tidak sekadar menahan hal yang membatalkan shaum –makan, minum dan berhubungan biologis- dari terbit fajar sampai terbenamnya matahari saja. Karena, kalau hanya sekedar menahan yang demikian, boleh jadi anak kecil, usia sekolah rendah bisa melakukannya. Betapa anak-anak kita sudah belajar shaum semenjak dibangku sekolah bukan? Kalau demikian, apa bezanya shaumnya kita dengan mereka? Harus ada nilai lebih, yaitu menjaga dari yang membatalkan nilai dan pahala shaum. Apa yang membatalkan nilai shaum. Di antaranya bohong, ghibah, namimah, mengumpat, hasut dan penyakit hati la...

HIDUPKAN MALAM RAMADHAN DENGAN QIAMULLAIL

Imej
Dari Abu Hurairah r.a berkata: " Adalah Rasulullah S.A.W menggalakkan qiyamullail (solat malam) di bulan Ramadhan tanpa memerintahkan secara wajib, baginda S.A.W bersabda, " Sesiapa yang solat malam di bulan Ramadhan kerana beriman dan mengharapkan pahala dari ALLAH, maka diampuni baginya dosa yang telah lalu." Huraian: Rasulullah S.A.W amat menggalakkan umatnya supaya menghidupkan malam dengan mengerjakan ibadat kerana fadhilatnya amat besar di sisi ALLAH S.W.T. Antara amalan yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W dalam menghidupkan malam (qiamullail) ini ialah melakukan solat sunat, berzikir, membaca Al-Quran, memperbanyakkan istighfar serta beriktikaf di masjid. Selaku umat islam, kita sepatutnya mencontohi baginda serta berusaha bersungguh-sungguh dengan penuh keikhlasan memanfaatkan bulan ini sebaik-baiknya terutama sekali dalam sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan. Di mana Rasulullah S.A.W dalam kebanyakan hadith memberitahu mengenai kemungkinan besar pada malam-mal...

KELEBIHAN MEMBERI MAKAN KETIKA DI BULAN RAMADHAN

Imej
KELEBIHAN MEMBERI MAKAN KETIKA BERBUKA PUASA DIBULAN RAMADHAN Diriwayatkan daripada Zaid bin Khalid al-Juhaniy r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesiapa yang menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka, dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangkan sedikitpun pahala orang yang berpuasa tersebut." (Hadis riwayat Imam Tirmizi). Pengajaran Yang Boleh Diambil Dari Hadis: 1- Penjelasan tentang kelebihan orang yang menjemput orang yang berpuasa berbuka malah disunatkan berbuat demikian serta dorongan supaya melakukannya. 2- Dalam tindakan menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka terdapat seruan kepada kasih-sayang, persamaan dan bantu-membantu di kalangan umat Islam. 3- Pahala seperti ini akan diganjarkan kepada sesiapa sahaja yang menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka walaupun hanya dengan sebiji kurma, seteguk air minum atau seteguk susu. AMALAN PEMBERI SYAFA'AT DIHARI KIAMAT Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amru r.a,...

FADHILAT PUASA RAMADHAN

Imej
Ibadat puasa adalah ibadah dikerjakan dengan berlapar dan berdahaga sepanjang hari iaitu sejak terbitnya fajar sodiq (masuk waktu Subuh) hingga terbenamnya matahari (masuk waktu Maghrib). Antara hikmah dan faedah ibadat puasa ialah menginsafkan diri bahawa kita pada hakikatnya adalah makhluk yang dhaif yang perlu sentiasa menghampirkan diri dan beribadat kepada Allah s.w.t. serta mengharapkan limpah kurnia-Nya. Firmah Allah s.w.t. menjelaskan tentang hikmah puasa Ramadhan yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa atas kamu sebagaimana diwajibkan atas umat-umat yang terdahulu sebelum kamu, semoga kamu bertakwa" (Surah al-Baqarah:183) Dengan puasa juga, kita akan memperolehi kesihatan jasmani dan rohani. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Berpuasalah kamu, tentu kamu akan sihat." Sabda Baginda Rasulullah s.a.w. lagi: "Perut besar itu adalah sarang penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit." Selain daripada itu, p...

Saat Memasuki Bulan Penyucian Jiwa...

Imej
Persiapan Ramadan www.iluvislam.com Oleh: Wira Islam Editor: cincaugoreng Kurang daripada seminggu lagi, umat Islam di seluruh pelusuk dunia akan menyambut kedatangan bulan yang paling mulia, Ramadan Al-Mubarak. Bicara soal sambut-menyambut tentulah perlu ada persiapannya. Sepertimana kita hendak menyambut kedatangan YB ke tempat kita. Mungkin ketika ini ramai orang sudah membuat persiapan bagi menyambut ketibaan Ramadan. Namun, persoalannya bagaimanakah persediaan itu? Persiapan yang mesti dibuat hendaklah merangkumi persiapan fizikal, mental dan ruhani untuk menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Apakah persiapan fizikal? Persiapan fizikal bukanlah "pulun" habis-habisan sebelum menyambut Ramadhan. Bukannya memastikan perut mampu bertahan menghadapi Ramadhan dengan bekalan makanan yang menjadi isi perut sehingga bertambah beberapa kilogram berat badan! Persiapan fizikal ialah melatih diri berpuasa. Sebagaimana kita perlu warming up atau stretching dahulu sebelum masuk gelanggang. Ha...