Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Ya Rasulullah

The Only Living Sahabi

Imej
بسم الله الرّحمن الرّحيم اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته TAHUKAH ANDA APAKAH POHON INI ? ✔ Inilah pohon yang memahami cinta buat Nabinya Muhammad SAW Pohon yang diberkati. ✔ Sehingga sekarang pokok ini masih hidup lagi di Jordan. Sebab itu ianya digelar “the only living sahabi” atau “sahabat Nabi yang masih hidup”. Sedikit sejarah mengenainya… ✔ Ketika Rasulullah SAW keluar ke Syam bersama Maisarah -pekerja Sayyidatuna Khadijah ra- untuk berniaga, Baginda SAW pernah berteduh di bawah pohon ini sebelum sampai ke sana. ✔ Semasa Baginda SAW berteduh di bawahnya, dahan dan ranting² pohon ini bergerak menaungi Baginda SAW daripada cahaya matahari. ✔ Seorang paderi yang melihat kejadian ini datang bertemu Maisarah & menunjukkan kepadanya pohon tempat teduhan Rasulullah SAW itu dengan berkata: “Hanya seorang Nabi sahaja yang berteduh di bawah pohon ini.” ✔ Pohon ini terletak di tengah padang pasir bernama B...

Sheikh Habib Umar : Memperingati Manusia Agung

Imej
Bismillahirrahmanirrahim... Segala puji bagi ALLAH, Rabb sekalian alam..Selawat serta salam semoga terlimpah kepada junjungan kita, Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda, para sahabat, para tabi'in dan kaum muslimin yang mengikut petunjuk ALLAH SWT. Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarokatuh... Apa khabar iman sahabat-sahabatku yg dikasihi ALLAH sekalian? moga ianya menapak tinggi dalam hati, insyaALLAH=) barakallahulakum..aamiin Sebagai tanda sayang dan cinta pada insan mulia Rasulullah SAW, maka marilah kita memperbanyakkan selawat ke atas baginda nabi SAW, apatah lagi di jum'ah yang penuh barokah ini,  dgn lafaz hamdallah, dengan izinNya, kita masih lagi mampu berbuat amal kebajikan, bt bekalan dihari perhitungan...insyaALLAH, ILA MARDHATILLAH  yg dicari.. ALLAH SWT berfirman yang bermaksud “ Sesungguhnya Allah dan para malaikat-nya selawat kepada Nabi . Hai orang² yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya .” (Surah Al-Ahz...

Kasih Abadi

Imej
Bismillahirrahmanirrahim.... Allahumma sholli ‘alaa sayyidina Muhammad, wa ‘alaa aalihi wa shohbihi ajma’iin… Assalamu'alaikum w.b.t... ♥♥..KASIH ABADI..♥♥ Ku hayati kisahmu ya Rasulullah.. Hatiku tersentuh..airmataku berderai.. Betapa mendalamnya kasihmu.. Melebihi dalamnya lautan biru.. Biar hembusan nafasmu kian tiba penghujungnya.. Namun hatimu ya Rasulullah.. Masih diselubungi kerisauan.. Andai dikau pergi dulu.. Bagaimana nanti dengan nasib umatmu.. Hatimu ya Rasulullah penuh CINTA.. Hatimu ya Rasulullah penuh RINDU.. Hatimu ya Rasulullah penuh KASIH.. KASIH ABADI HINGGA KE SYURGAWI.. Sesungguhnya ya Rasulullah... Kami rindu untuk bersamamu.. Moga airmata kami pada malam ini.. Akan menjadi saksi & mendapat syafaatmu ya Rasulullah.. Moga di syurga kita bertemu.. Kekal abadi buat selamanya.. ~> NUKILAN RASA DATO' USTAZAH SITI NOR BAHYAH MAHAMOOD. Rasulullah SAW bersabda, "almar_u ma'aman ahabb", seseorang kelak akan dikumpulkan dengan orang2 yg...

Karikatur Penuh Cinta

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم Salam serta selawat kepada junjungan Nabi S.A.W, Rasul pilihan yang menjadi kekasih-Nya, salam serta doa keselamatan juga terlimpah buat keluarga Baginda, para sahabat 'khairul qurun' serta seluruh umat Baginda yang setia berkomitmen, menggenggam setia sunnah-sunnah Rasulnya sehingga akhir zaman. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Karikatur Penuh Cinta "...Ya Rasulullah..." Duhai Insan, Ke mana lagi engkau mencari teladan? Sudah usai perjalanan semua kafilah pencari kearifan, Prototaip terakhir yang paling sempurna daripada Tuhan, Kisah lelaki anggun 14 abad silam yang tidak hilang ditelan zaman. Disanalah terminal akhir itu bermuara, Oasis sejati bagi sahara jiwa-jiwa dahaga, Mata air kecemerlangan yang tidak pernah kering ditimba, Sepatah kata daripadanya, bertabur luapan cahayanya kepada kita, Di segala ruang dan waktu, namanya sentiasa hidup menggema. Ku cuba tuangkan sepotong fragmen hidup sang Mustafa, Berkenaan putih bersih giginya ketika te...