Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Himpunan fadhilat2 Zikir.....

Zikir membuka pintu Makrifatullah..

Imej
Sebagaimana firman ALLAH S.W.T yang bermaksud:- " Berzikirlah dengan menyebut nama ALLAH sebanyak-banyaknya" hendaklah kita sentiasa berzikir pada waktu malam ataupun siang, di daratan ataupun di lautan, semasa berada dalam perjalanan atau tidak, dalam keadaan miskin ataupun kaya, ketika sakit ataupun sihat dengan perlahan ataupun nyaring dan dalam apa-apa saja keadaan." Hafiz Ibnu Hajar rah. menulis di dalam kitabnya Al-Munabbihat tentang satu riwayat daripada Hazrat Uthman r.anhu tentang tafsir ayat Al-Quran yang bermaksud, " Dan di bawahnya ada harta simpanan bagi mereka berdua." Iaitu kisah 2 orang anak yatim yang harta simpanan untuk mereka berdua ialah satu papan tulis daripada emas yang tertulis tujuh baris ayat yang bererti:- Aku hairan terhadap sikap orang mengetahui bahawa adanya maut tetapi dia masih berketawa. Aku hairan terhadap sikap orang yang mengetahui bahawa satu hari dunia ini akan binasa tetapi dia masih terpesona kepada dunia. ...