Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Syawal

Eid Mubarak 1434 H

Imej
بسم الله الرّحمن الرّحيم اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته Manakala mentari akhir Ramadhan telah tenggelam di Ufuk barat  Dan fajar keemasan satu Syawal 1434 H  menyeruak indah  Diiringi gemuruh takbir kembali kita ke insan yang fitri. Semoga Ramadhan yang telah kita lewati bersama,  menjadi pendorong untuk kita terus beramal keranaNYA.  Taqabbalallahu minnaa wa minkum..Kullu 'amm wa entum bikhoir  Mohon maaf atas segala kesalahan dan kekhilafan, Semoga ALLAH swt senantiasa melimpahkan rahmat-Nya kepada kita semua. Aamiin. ***  p/s: pada sahabat2 yang sedang memandu, hati2 dlm perjalanan.  Semoga kalian selamat sampai ke tempat tujuan.  Salam Mahabbah..Barakallahu fikum :) ~ Al FaQirah Ila Rabbi ~

:: Salam kemenangan Aidilfitri ::

Imej
بسم الله الرّحمن الرّحيم Allahumma sholli ‘alaa sayyidina Muhammad, wa ‘alaa aalihi wa shohbihi ajma’iin… السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته Kini Ramadhan telah pun berakhir, sedih lantaran harus berpisah dengannya, adakah mungkin bertemu kembali? Allahu Rabbi! Y___Y" Allahu 'alam..Semoga amal ibadah kita semua, diterima oleh Allah SWT..aamiin InsyaAllah Sedikit perkongsian dari sahabat baik...sama-sama kita hayati serta usaha amalkannya..:) ***** Hari Raya 'Idul Fitri yang pasti jatuh pada tanggal 1 Syawal merupakan hari yang sangat istimewa. Seluruh kaum muslimin di berbagai belahan bumi bersuka cita merayakannya sebagai Hari Raya 'Idul Fitri. Bergembira, kerana hari raya itu merupakan rahmat Allah yang diberikan kepada umat Nabi Muhammad SAW. Disebut 'Id, kerana pada hari itu Allah memberikan berbagai macam kebaikan kepada hamba~Nya. Di antara kebaikan itu adalah berbuka setelah adanya larangan makan dan minum selama bulan suci Ramadhan,...

Perjuangan Belum Berakhir

Imej
Alhamdulillah kita tamat menjalani ibadah puasa sepanjang Ramadhan ini dengan nikmat umur yg dilanjutkanNya. Sama-samalah kita mengharapkan mudah-mudahan Allah menerima amalan puasa kita. Di samping itu juga diharapkan agar latihan ibadat yang kita lakukan sepanjang Ramadhan seperti puasa, solat sunat, sedekah, bacaan Quran dapat diteruskan dalam bulan-bulan lain sehinggalah kita bertemu Ramadhan akan datang. Setiap amalan ada kesan dan hasilnya. Ibadat puasa Ramadhan ini mampu menjadikan kita orang yang bertakwa. Inilah intipati dari Ramadhan. Kelazatan puasa memuncak ketika berakhirnya Ramadhan. Kita inginkan keberkahan Ramadhan ini berpanjangan hingga setahun, tapi apakan daya ia datang hanya sebulan saja. Sungguhpun begitu, kita masih berpeluang meneruskan puasa selepas 1 Syawal. Adalah menjadi amalan sunat mengerjakan puasa 6 hari dalam bulan Syawal. Ia boleh dilakukan mulai 2 Syawal hingga 7 Syawal secara berterusan atau mana-mana 6 hari dalam bulan tersebut. Nabi Muhammad saw. b...

RAYA YANG SEBENARNYA...

Imej
Sempena hari raya ini, marilah sama-sama kita merenung sebuah hadith Nabi yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, berkaitan dengan konsep 'hari raya' yang lebih luas. Menurutnya, Nabi Muhammad saw. bersabda hari raya yang sebenarnya bagi orang beriman itu ada pada 5 keadaan: 1. Setiap hari ia berjalan dan bertemu seorang yang beriman serta ia tidak melakukan sebarang dosa, itu ialah hari raya baginya. 2. Hari keluarnya dari dunia dengan penuh keimanan dari tipu daya syaitan 3. Hari menyeberang Siratul Mustakim dan terselamat dari bencana jatuh ke dalam api neraka 4. Hari kita masuk syurga dengan selamat dan terlepas dari api neraka 5. Hari ia menatap wajah Allah Ta'ala Menurut Nabi Muhammad saw. Hari Raya bagi setiap orang beriman ada pada 5 ketika; iaitu setiap hari yang dia tidak melakukan sebarang dosa, saat meninggal dunia dalam husnul-khatimah, hari berjaya melintasi Siratul-Mustakim dan terselamat dari masuk ke neraka, masuk ke dalam syurga dan hari ...

Salam Aidilfitri buat semua

Imej
Bila takbir memecah sunyi bergema pujian pada ilahi fajar syawal menyinar kembali umat islam menyambut aidilfitri Aidilfitri hari yg bahagia tp nasib kita tiada sama setiap kali syawal menjelma wajah dan suasana berbeza ada yg suka ada yg duka Wahai sahabat semua  jgnlah leka dan suka berfoya igtlah pada yg tiada hulurkan bantuan serta doa bg yg hidup juga yg sudah tiada agar hidup sentiasa berbakti Berpadalah menyambut hari raya jauhkan diri dari noda dan dosa tanda kesyukuran di bulan yg mulia setelah sebulan berpuasa renunglah amalan yg telah dibina supaya ia tidak sia-sia Aidilfitri lambang kemenangan berbagai peristiwa sejarah mencatitkan perjuangan ummat islam yg silam utk dicontohi sebagai panduan berkorbanlah demi perjuangan islam agar tertegak kalimah Tuhan... *** sungai disusur sehari-hari dalam gelap menangkap ikan ana menyusun sepuluh jari salah dan silap harap di maafkan SELAMAT HARI RAY...

AMALAN SUNNAH SEMPENA AIDILFITRI

Imej
Islamic Greeting Card by Alhabib Islam adalah satu-satunya agama yang diredhai oleh Allah serta agama paling sempurna. Firman Allah S.W.T: "Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepadamu, dan Aku telah redha Islam itu menjadi agamamu." - Surah al-Maaidah: 3. Kesempurnaan Islam itu terserlah apabila ia mampu menangani segala permasalahan manusia secara menyeluruh. Islam telah membicarakan isu-isu bersifat global seperti sistem ekonomi, sistem pemerintahan malah ia juga membicarakan sekecil-kecil perkaraseperti adab masuk ke tandas dan beristinjak. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya Islam juga telah memberikan garis panduan berkaitan tatacara menyambut hari-hari kebesarannya seperti hari raya Aidilfitri ini. Adalah penting bagi kita untuk sentiasa menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai petunjuk dalam mengendalikan upacara sambutan Aidilfitri kerana inilah masa untuk kita semua membuktikan bahawa kita benar-benar telah menjad...

SYAWAL YANG TERSIRAT...

Imej
Apabila selesainya 30 hari berpuasa di bulan Ramadhan, mengajar kita banyak perkara. Kita dilatih melawan nafsu: Mulut dikekang dari berkata kotor seperti mengumpat dan mencaci orang, perut dikekang dari memendatkan dengan pelbagai makanan, telinga dikekang dari mendengar yang haram, kaki dikekang dari berjalan ke tempat kejahatan dan mata pula dilarang dari melihat sesuatu yang diharamkan. Pada masa yang sama, Ramadhan melatih kita mengerjakan banyak amalan sunat seperti membaca Al-Quran, bersembahyang sunat, bersedekah, berzakat, berzikir dan bertafakur. Latihan yang kita amalkan dalam bulan puasa ini dapat membantu kita membentuk sikap positif yang perlu dalam kehidupan seharian. Perkara-perkara di atas merupakan ibadat yang perlu dihayati bukan saja dalam Ramadhan tapi seterusnya dalam bulan-bulan lain. Sebagaimana Islam menganjurkan kita beristiqamah dalam sesuatu amalan, begitulah juga dengan ibadat yang dilakukan dalam Ramadhan. Ia perlu dijadikan budaya sepanjang tahun seh...