Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Kematian

Lagi Sebuah Renungan: K.E.M.A.T.I.A.N

Imej
بسم الله الرّحمن الرّحيم Allahumma sholli ‘alaa sayyidina Muhammad, wa ‘alaa aalihi wa shohbihi ajma’iin… السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته 3 Kemuliaan Mengingati Mati dan 3 Kecelakaan Tidak Mengingati Mati Berkata Ad-Daqqaq: Barangsiapa yang memperbanyakkan mengingati mati, akan dimuliakan dengan 3 perkara : 1- Segera bertaubat 2- Hati yang qana'ah (berasa cukup dengan apa yang ada) 3- Cergas beribadah Manakala barangsiapa yang selalu lupa mengingati mati, akan ditimpa dengan 3 perkara, 1- Melambat-lambatkan taubat 2- Tidak pernah merasa cukup 3- Malas beribadah Dinukil oleh Imam Qurtubi rahimahullah dalam kitab At-Tazkirah source: Ummu Umar p/s: Moga menjadi renungan bersama, in sha ALLAH

Mengapa kita mesti mati dan hidup sesudah mati?

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَآلِهِِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Setiap manusia tentu pernah berkata di dalam hatinya, jika tidak ada mati nescaya hidup akan terus kekal seperti keadaannya. Dan kejernihan hidup tidak akan dikeruhkan oleh pemindahan mengejut yang dianggap manusia sebagai suatu perkara yang dibenci dan menakutkan. Tetapi jika manusia memehati dengan teliti serta membayangkan tentang kehidupan tanpa kematian, nescaya dia pasti mendapati kematian itu suatu kemestian. Jika kehidupan dunia itu berterusan tanpa maut, manusia tetap tidak mencapai lebih daripada jaraknya yang pendek, pengetahuan yang sempit dan ufuknya yang terbatas. Biar betapa luas manusia memperolehi ilmu pengetahuan dan makrifat semasa dalam kehidupan di dunia, namun dia hanya mengetahui mengikut kadar kebolehannya yang terdaya di capai oleh alat-alat kelengkapan yang ada pada dirinya yang mana sangat terbatas dan sangat lemah. Maut itu sering me...

Mari gilap hati dengan Ingat Mati!

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم Allahumma sholli ‘alaa sayyidina Muhammad, wa ‘alaa aalihi wa shohbihi ajma’iin… السلام عليكم ورحمة الله وبركاته KETIKA NYAWA DICABUT Pada hari, jam dan ketika yang telah ditentukan datanglah Malaikat maut yang ditugaskan oleh Allah untuk mencabut nyawa orang yang akan dimatikan. Firman Allah SWT maksudnya: " Katakanlah, akan diambil nyawa kamu oleh Malaikat maut yang ditugaskan buat kamu, kemudian kepada Tuhanmulah akan dikembalikan." (As-Sajadah:11) Menurut keterangan dari hadis Nabi, orang yang baik akan dijemput rohnya oleh Malaikat Rahmat dan orang yang jahat akan dijemput rohnya oleh Malaikat Azab. Firman Allah SWT maksudnya: " Alangkah hebatnya sekiranya engkau melihat orang-orang zalim itu dalam sakaratul maut, sementara Malaikat menghulur tangan-tangan mereka sambil berkata: keluarkanlah nyawa-nyawa kamu, dihari inilah kamu akan dibalas dengan azab yang pedih." (Al-An'am:93) Firman Allah SWT yang bermaksud: " Dan alangkah heb...

Kalau Dahi Tak Mencecah Sejadah Di Dunia

Imej
Assalamu'alaikum wbt... Bismillahirrahmanirrahim.. Allahumma sholli ‘alaa sayyidina Muhammad, wa ‘alaa aalihi wa shohbihi ajma’iin… Sudah Bersediakah Anda Ketika Dipanggil Pulang Oleh Allah SWT.? Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan! Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan! Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan! Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan! Dengan kain kafan yang serba putih! Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih.... Walaupun orang yang hadir itu merintih.... Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai.... Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah Dengan empat kali takbir dan satu salam Berserta Fatihah, Selawat dan do'a.... Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus.... Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup? Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud.... Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput? Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian.... Justeru ku menyer...

KEMATIAN ITU PASTI....

Imej
“Perbanyaklah mengingat sesuatu yang melenyapkan semua kelazatan, iaitu kematian!” (HR. Tirmidzi) Berbahagialah hamba-hamba ALLAH yang senantiasa bercermin dari kematian. Tak ubahnya seperti guru yang baik, kematian memberikan banyak pengajaran, merungkai makna hidup, bahkan mengawasi alur kehidupan agar tak lari menyimpang. Nilai-nilai pengajaran yang ingin diungkapkan tentang kematian begitu banyak, penuh persoalan, bahkan sebenarnya amat menyedarkan. Di antaranya adalah apa yang mungkin sering kita rasakan dan lakukan. Kematian Tiang-tiang nisan dan pusara menjadi simbol kemuncak pengembaraan jasmani seseorang insan ketika disana. Berkata Imam Al-Ghazali, " Manusia sewaktu hidup didunia, ramai yang tidak sedar dan tidak mahu tahu akan maut yang akan ditempuhnya. Pada waktu malaikat maut menjemputnya barulah dia sedar bahawa dia adalah orang yang sangat lemah dan sangat miskin. Dia tidak mempunyai apa-apa pembekalan yang dibawa yang terdiri daripada Iman, Ilmu, d...

HAKIKAT SEBUAH KEMATIAN

Imej
Setiap makhluk yang bermula pasti akan berakhir. Setiap yang bernyawa tetap akan mati. Cuma saat-saat kematian itu sahaja tidak diketahui. Firman ALLAH yang bermaksud: " Dan tidak ada satu diri akan mati melainkan dengan izin ALLAH pada suatu waktu yang telah ditentukan. Dan barangsiapa yang berkehendakkan ganjaran dunia Kami (ALLAH) akan beri padanya. Dan barangsiapa yang berkehendakkan ganjaran akhirat, Kami (ALLAH) akan beri padanya. Dan akan Kami (ALLAH) berikan pembalasan yang baik bagi orang yang bersyukur iaitu orang yang tahu berterima kasih". (Ali-Imran:145) Kematian merupakan satu kalimah yang amat ditakuti oleh sebahagian besar dari makhluk yang bernyawa. Ia pasti datang. Tidak ada sesiapapun yang berupaya menangkis atau mengelakkan diri dari kedatangan mati. Inilah ciri-ciri peraturan yang ditetapkan oleh ALLAH keatas setiap insan atau makhluk yang menghuni alamNYA. Tetapi apakah perjalanan hidup seseorang itu cuma berakhir dengan kematian sahaja? Setelah manusia ...