Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Mutiara kisah

Iblis Menggoda Nabi Ayub a.s

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Allahumma sholli ‘alaa sayyidina Muhammad, wa ‘alaa aalihi wa shohbihi ajma’iin… Para malaikat memuji akan sikap dan keperibadian Nabi Ayub as yang suka beribadah dan mengingat Allah SWT. Hidupnya penuh dengan rasa kesyukuran yang mendalam atas nikmat yang dibahagikan oleh Allah SWT kepadanya. Iblis mendengar pujian para Malaikat tersebut yang membuat hatinya menjadi panas kerana ia telah bersumpah dengan Allah untuk menggoda setiap anak cucu Adam. Oleh sebab itu ia tidak rela melihat manusia yang berada di permukaan bumi ini beriman, beribadah dan beramal soleh. Kemudian Iblis menjumpai Ayub untuk melihat sendiri tentang apa yang diperkatakan oleh malaikat itu. Ternyatanya memang benar bahawa Nabi Ayub as memang patut menerima pujian tersebut. Nabi Ayub hidup dalam keadaan yang serba mewah dengan harta kekayaan yang banyak, hidup rukun dengan anak dan isterinya. Namun begitu Nabi Ayub tidak terlena dengan kekayaan dan anak isterin...

Iblis memperdaya Siti Hawa

Imej
...Sesungguhnya Iblis berusaha untuk bersemayam dalam setiap hati manusia, mengikuti gerak-gerinya dengan harapan akan dapat menghancurkan dan memusnahkan kehidupan seseorang. Dalam sebuah cerita disebutkan bahawa pada suatu hari Nabi Adam as keluar rumah untuk mencari nafkah, maka datanglah Iblis bersama anaknya yang bernama Khannas menemui Hawa. “Aku ingin menumpangkan anak ku di sini, kerana ada satu keperluan yang penting, aku harus pergi sendiri,” kata Iblis. Kemudian Hawa menerima anak Iblis tersebut. Ketika Nabi Adam pulang, dia bertanya; “Anak siapakah ini?” Hawa menjawab; “Iblis menumpangkannya kepada ku.” Adam menjadi marah, lalu Khannas dibunuhnya dan dipotong-potongnya. Kemudian setiap potongan badan Khannas disangkutnya di atas dahan-dahan pohon kayu. Setelah itu Adam pergi lagi. Tidak lama kemudian Iblis datang dan menanyakan tentang anaknya. Hawa menceritakan kepada Iblis tentang apa yang telah terjadi. Lalu Iblis memanggil nama anaknya maka kepingan-kepingan tubuh Khann...

SOLAT BERJEMAAH DI MASJID

Imej
Solat Berjemaah di Masjid Seorang pemuda bangun awal-awal pagi untuk solat subuh berjemaah di Masjid . Dia berpakaian, berwudhu' dan berjalan menuju ke masjid . ditengah jalan menuju ke masjid, pemuda tersebut jatuh dan pakaiannya kotor. Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang kembali ke rumah. Di rumah, dia berganti baju , berwudhu, dan, LAGI, berjalan menuju ke masjid . Dalam perjalanan kembali menuju ke masjid , dia jatuh lagi di tempat yang sama. Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Di rumah, dia, sekali lagi , berganti baju , berwudhu' dan berjalan menuju ke masjid . Di tengah jalan menuju ke masjid , dia bertemu seorang lelaki yg sedang memegang lampu . Dia menanyakan identiti lelaki tersebut, dan menjawab "Saya melihat anda jatuh dua kali dalam perjalanan menuju ke masjid , jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan anda..' Pemuda pertama mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid . Saat sampai di masj...

MANGKUK YANG CANTIK, MADU DAN SEHELAI RAMBUT

Rasulullah S.A.W dengan sahabat-sahabatnya Abu Bakar r.a, Umar r.a, Utsman r.a, dan Ali r.a, bertamu ke rumah Ali r.a. Di rumah Ali r.a isterinya Sayidatina Fathimah r.ha puteri Rasulullah S.A.W menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan sehelai rambut terikut di dalam mangkuk itu. Rasulullah S.A.W kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga benda tersebut (Mangkuk yang cantik, madu dan sehelai rambut). Abu Bakar r.a berkata, " Iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut." Umar r.a berkata, " Kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut." Utsman r.a berkata, " Ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang c...

SEBUAH KISAH...RAHSIA SYAIR DI ATAS PERKUBURAN...

Seorang soleh bercerita bahawa pada suatu hari dia datang ke sebuah desa dan melihat tiga kuburan sebaris di tempat yang berdekatan. Dia tertarik terhadap ketiga-tiga kuburan tersebut kerana di atasnya ada tertulis beberapa rangkap syair. Pada kubur pertama tertulis syair: Bagaimana orang yang tahu Tuhan akan menyoalnya merasa seronok dan lazat dalam hidupnya? Dia akan menyeksa orang yang zalim dalam hidupnya dan akan membalas baik orang yang baik amalnya Pada kubur kedua tertulis: Bagaimana akan terasa lazat kehidupan ini bagi yang meyakini kematian akan datang merenggut dalam sekelip mata dan tiba-tiba kematian akan menghempapnya dengan kerajaan yang besar dan megah dan akan menempatkannya di dalam kubur sempit sememangnya dia adalah calon penghuninya Pada kubur ketiga terdapat syair: Bagaimana akan terasa lazat kehidupan ini bagi yang sedar dirinya akan pindah ke kubur di sanalah pemuda akan digugat kedudukannya wajah jelita yang dibanggakan akan lenyap serta merta tinggallah badan ...

ANAK KECIL YANG TAKUT API NERAKA

Imej
Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu' sambil menangis. Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata, " Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?" Maka berkata anak kecil itu, " Wahai pakcik saya telah membaca ayat Al-Quran sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi," Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum" yang bermaksud, " Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu." Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka." Berkata orang tua itu, " Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka." Berkata anak kecil itu, " Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka let...