Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Fadhilat solat

SOLAT DHUHA..MURAHKAN REZEKI, MENOLAK KEPAPAAN

Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sendiri ialah sembahyang sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, Antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:- Maksudnya :”Kekasihku Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim ) Dalam riwayat yang lain Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda yang maksudnya : “Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah ( sebagai ganti ) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang D...

Solat Tahajjud: Adab dan kelebihannya..

Imej
Solat dua rakaat di tengah malam adalah lebih berharga dari segala harta kekayaan dunia ini. Jika tidak kerana aku takut ia menyusahkan ummatku nescaya akan kuwajibkannya. Semulia-mulia ummatku ialah Hamalatul Quran dan mereka yang bersolat malam. Cahaya di dalam kubur diperolehi melalui solat tahajjud. Teruskanlah solat tahajjud kerana ianya perjalanan orang-orang soleh, cara untuk mendekati ALLAH TAALA, menyebabkan terampunnya dosa-dosa dan menyihatkan kesihatan tubuh badan. ALLAH sangat suka dan cinta kepada mereka yang mengosongkan tempat tidur mereka di malam hari untuk solat tahajjud. Orang yang berlapar didalam solat tahajjud, bidadari akan datang mengelilinginya. Nabi Ibrahim a.s dilantik menjadi Khalilullah kerana Baginda suka memberi makan, suka memberi salam, dan bersolat tahajjud di tengah malam. Tanda orang yang bertaqwa ialah berbuat baik didunia, sedikit tidur dimalam hari dan di akhir malam mereka memohon ampun kepada ALLAH S.W.T Jika seorang suami mengejutka...

Solat merupakan tiang agama...

Imej
Hazrat Shaqiq Balkhi rah. seorang ahli sufi dan wali ALLAH yang masyhur berkata," Kami mencari lima perkara dan menemui perkara-perkara itu melalui lima amalan, Keberkatan rezeki melalui Solat Dhuha Cahaya di dalam kubur didapati melalui Solat Tahajud Jawapan terhadap Soalan Munkar dan Nakir melalui membaca Al-Quran Mudah melintasi titian sirat didapati melalui berpuasa dan bersedekah Mendapat Naungan di bawah Arasy Ilahi melalui mengingati ALLAH S.W.T dalam keadaan bersunyi diri. Sesetengah ulama berkata bahawa terdapat dalam hadith, sesiapa yang menjaga solatnya maka ALLAH S.W.T akan mengurniakan ( Lima Keistimewaan ):- Di angkat kesempitan hidup didunia daripadanya. Akan dihindarkan daripada azab kubur. Dia akan menerima buku catatan amalnya melalui tangan kanan. Akan dapat melintasi titian sirat sepantas kilat. Akan memasuki Syurga tanpa Hisab.