Masjid: Adab dan kelebihannya
Di dalam dunia, tempat yang paling dicintai oleh ALLAH S.W.T ialah masjid dan tempat yang paling di benci oleh ALLAH S.W.T ialah pasar. Mereka yang pergi mengerjakan solat pada waktu subuh membawa bendera Iman, sementara mereka yang ke pasar (tanpa bersolat subuh) membawa bendera syaitan. Barangsiapa yang membina masjid kerana ALLAH S.W.T di dunia ini, ALLAH S.W.T akan membina untuknya satu mahligai di dalam syurga. Barangsiapa yang menghamparkan tikar atau permaidani di dalam masjid, sentiasalah Malaikat akan memohon ampun baginya selama mana tikar itu terhampar. Barangsiapa memasang pelita atau lampu di dalam masjid maka itu sebagai mas kahwin bidadari. Mengeluarkan sesuatu yang menyakiti atau najis dari dalam masjid maka ALLAH S.W.T akan membina untuknya sebuah rumah di dalam syurga. Hati dunia ini ialah orang islam dan hati sesebuah tempat penempatan seperti kampung, bandar dan sebagainya ialah masjid. Makmur masjid bermakna makmurlah tempat itu dengan rahmat ALLAH S.W.T ...