Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Dakwah

DOA DAN DAKWAH

Imej
Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segenap puji bagi ALLAH, Tuhan semesta alam, selawat dan kesejahteraan tetap atas kekasih Tuhan dan junjungan kita Nabi Besar Muhammad S.A.W, serta atas sekelian kaum keluarga, para sahabat dan sekelian para pengikut agama yang dibawanya. ALLAH S.W.T hendak menyempurnakan nikmat-nikmatNya yang besar kepada hamba-hambaNya yang berhubungan dengan dunia dan akhirat, maka ia mengutus para AnbiaNya dengan memberikan pada mereka dua keistimewaan:- 1) Doa 2) Dakwah Segala hajat dan keperluan makhluk dipohonkan kepada Khaliq yang Maha Kuasa dinamakan Doa, dan segenap perintah Khaliq disampaikan kepada makhlukNya dinamakan Dakwah. Baginda Nuh a.s mendakwahkan kaumnya kepada agama ALLAH selama 950 tahun dengan baginda mengalami beranika rupa penderitaan dan kepahitan., kaumnya tetap bersikap acuh tak acuh terhadap dakwahnya. Akhirnya baginda berdoa kepada ALLAH yang terus diperkenankanNya, yang dengannya kaum-kaum baginda yang mencibir-ci...

SABDA RASULULLAH S.A.W: " Ballighu anni walau aayah" ( Sampaikanlah apa yang kamu dapat daripadaku walau hanya satu ayat ) ....

Imej
Dalam surah Al-Asr, Allah yang bersifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim memperingatkan kita tentang perlunya kita memenuhkan jiwa kita dengan iman, dan kemudian diikuti dengan amal soleh. Iman dan amal soleh adalah gandingan sifat yang berdaya maju untuk memberi motivasi dan sekaligus mengubah diri kita menjadi manusia berakhlak mulia. Sekadar memperbaiki diri sendiri belum mencukupi. Kita mempunyai misi seterusnya iaitu menunaikan tanggungjawab kepada anak-anak, isteri, keluarga, jiran dan manusia keseluruhannya. Dalam Surah Al-Asr, Allah seterusnya mengingatkan kita supaya memberikan nasihat dan ingat-beringat sesama muslim dan juga non-muslim. Sebagaimana misi para Rasul dan Nabi untuk menyelamatkan umat, kita juga perlu menanamkan tekad yang sama sebab mereka adalah contoh teladan yang terbaik untuk kita ikuti. Dalam menyeru kepada kebaikan dan mencegah kepada yang mungkar, pastinya kita akan menerima cemuhan dan tentangan, kerana untuk mendapatkan yang baik, lumrahnya akan menempuh kesusah...