Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Muhasabah

“Hubbud dun-ya” (cinta dunia)

Imej
Bismillahirrahmanirrahim.... Allahumma sholli ‘alaa sayyidina Muhammad, wa ‘alaa aalihi wa shohbihi ajma’iin… Assalamu'alaikum w.b.t... Daripada Imam Abdullah bin al Mubarak ra telah meriwayatkan dalam kitab Al Zuhd dengan sanad beliau daripada seorang lelaki (Khalid bin Maadan) yang pernah berkata kepada Muaz r.a: “Wahai Muaz r.a! Ceritakanlah kepadaku sebuah hadis yang pernah engkau dengar daripada Rasulullah saw. Berkata rawi hadis tersebut (Khalid bin Maadan) lalu Muaz r.a menangis sehingga aku sangka ia tidak dapat berhenti tetapi akhirnya Muaz r.a berhenti daripada tangisannya kemudian lalu Muaz r.a berkata: Aku mendengar Rasulullah saw pernah bersabda kepadaku: Wahai Muaz! Sebenarnya aku mahu menceritakan kepada kamu sebuah hadis jikalau engkau mampu memeliharanya pasti ia akan memberi manfaat akan dikau di sisi Allah tetapi jika engkau mensia-siakannya dan tidak memeliharanya maka akan terputuslah hujjahmu di hadapan Tuhan pada hari kiamat nanti. Wahai Muaz! Sesungguh...

Nurullah (Nur Hidayah)

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَآلِهِِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Walau waktu terus berlalu, namun Rahmat dan Hidayah ALLAH tetap berterusan...  Apabila matahari terbit dan memancarkan cahayanya dengan terang, dapatlah kita lihat kerja-kerja yang baik dengan jelas. Bila matahari tenggelam dibarat malam pun tiba, alam menjadi gelap dan sunyi, segala kerja-kerja yang baik pun berhenti, kerja-kerja yang jahat mula bermaharajalela. Demikianlah, apabila hati-hati manusia dimasuki nurullah (nur hidayah) maka manusia dapat melihat dan mengenal kebaikan serta kebenaran seterusnya dapat melakukan kerja-kerja yang baik. Sebaliknya bila hati-hati manusia gelap (disebabkan kejahilan, kelalaian, nifaq dan syirik) maka manusia tidak nampak kebenaran dan tidak mengenali kebaikan, lalu manusia membuat kerja-kerja yang salah dan mungkar. Firman ALLAH S.W.T :- " Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hat...

Menangislah kerana ALLAH

Imej
   Bismillahirrahmanirrahim.. Allahumma sholli ‘alaa sayyidina Muhammad, wa ‘alaa aalihi wa shohbihi ajma’iin… Firman Allah SWT: " Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat. Di dalamnya ada petunjuk dan cahaya. Dengan Kitab itu perkara orang-orang Yahudi oleh diputuskan para nabi yang berserah diri kepada Allah dan oleh orang-orang alim mereka dan pendeta-pendeta mereka karena mereka diperintahkan untuk memelihara kitab-kitab Allah; mereka menjadi saksi terhadapnya. Karena itu, janganlah kalian takut kepada manusia, tetapi takutlah kepada-Ku . Janganlah kalian menukar ayat-ayat-Ku dengan harga yang sedikit. Siapa saja yang tidak memutuskan perkara menurut apa yang allah turunkan, mereka itu adalah orang-orang yang kafir. (QS al-Maidah [5]: 44). Diceritakan, ada seorang lelaki yang jatuh hati kepada seorang wanita. Ketika wanita itu keluar untuk satu keperluannya, maka pergilah lelaki itu bersamanya. Sampailah mereka ke satu kampung yang sunyi di mana penghuninya telah pu...

Carilah Jalan Kembali...

Imej
"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah yang boleh menyampaikan kepadaNya (perintah dengan mematuhiNya dan meninggalkan laranganNya); dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan." - Al-Maidah: Ayat 35 Jasad kita berasal daripada tanah. Ia harus kembali kepada asal kejadiannya untuk mencapai kepuasan. Disebabkan itulah kita makan apa yang tumbuh daripada tanah, juga binatang-binatang yang memakan hasil tanah. Tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan semuanya tumbuh daripada tanah. Apabila jasad memperoleh sumber makanan daripada permukaan bumi, maka ia akan kenyang, tenang dan bertenaga. Ruh kita datang daripada Allah, ditiupkan ke dalam jasad. Maka ruh takkan mencapai ketenangan selagi ia belum kembali kepada Tuhan. Untuk mencapai kepuasan ruh/jiwa/hati, tidak ada jalan lain melainkan kembali kepada penciptaNya. Maka carilah jalan kembali. Bukan kembali dengan kematian jasad, tetapi kembali dengan menghidupkan ha...

Bagaimana Aqal Kita Tatkala Di Dalam Kubur?

Imej
Apa perasan kita jika berselubung di dalam selimut tebal di waktu tengahari? Cuba lakukan ia selama sepuluh minit sambil berbaring seperti sekujur tubuh yang telah mati. Tanpa kipas, penghawa dingin dan tingkap dan pintu di tutup rapat. Siapakah yang mampu bertahan lebih dari 30 minit ? Sudah tentu minda dan tubuh kita tidak mampu menanggung ketidakselesaan itu walaupun hanya untuk 10 minit. Saya pasti kerana saya pernah mencubanya. Panas dan berhaba. Setiap kali saya fikirkan semula percubaan saya itu, saya terfikir keadaan di alam barzakh kelak..terutamanya di liang lahad yang sempit, tertutup, tanpa penghawa dingin, tilam, tingkap serta kipas itu. Sewaktu kita berada di alam barzakh kelak, adakah pancaindera dan penilaian minda kita terhadap alam ini sama seperti sewaktu kehidupan biasa kita di dunia? Apabila saya utarakan hal ini. Ramai yang menjawab : "Tidak" atau juga "tidak tahu" Apa jawapannya sebenar ? Suka saya membawakan sebuah hadis berikut :- ان رَسُولَ...

ALLAH beri apa yang kita perlukan...

Imej

HATI ADALAH RADAR YANG PALING AJAIB

Imej
Pernahkah anda rasa berdebar-debar, gelisah, tidak tenteram, tidak sedap hati dan sebagainya?Semua fenomena itu sebenarnya adalah isyarat yang dipancarkan oleh hati seseorang bahawa ada sesuatu yang menjadi ancaman kepada diri manusia dan ianya dapat dikesan oleh hati. Sabda Rasullulah s.a.w: 'Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya. Tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Dan daging yang dimaksudkan adalah hati.' Hati adalah ibarat raja bagi tubuh badan manusia. Di sinilah tersimpan tenaga yang hebat seperti pemikiran dan tenaga emosi. Jika hati seseorang itu diisi dengan sifat mahmudah(baik) maka hebatlah seluruh anggota badannya dan akan melahirkan seseorang yang berakhlak mulia. Jika hati telah dikotori dengan sifat mazmumah(keji) maka rosaklah peribadi dan akhlak seseorang itu. Hati adalah radar yang hebat untuk mengesan perbu...

Musibah, Ujian dan Kesusahan...

UJIAN YANG DIBERIKAN ALLAH Hidup di dunia penuh dengan cubaan dan ujian. Kita akan diuji dengan ujian ketakutan terhadap musuh dan orang jahat, mungkin diuji dengan keperitan hidup (kemiskinan), penyakit, kehilangan orang yang disayangi dan sebagainya. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 155 hingga 156 yang bermaksud : “Demi sesungguhnya ! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar, iaitu orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata : “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” Dan firman Allah dalam ayat 157 yang bermaksud : “Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk hidayah-Nya.” post by: nurSyirah

8 PERISTIWA PENTING KETIKA KELAHIRAN DAN KEMATIAN

Imej
1-Ketika kamu dilahirkan, azan dilaungkan di telinga kamu, ketika kamu meninggal, kamu disolatkan tanpa azan. 2-Ketika kamu dilahirkan, kamu tidak ketahui siapa yang mengeluarkan kamu dari perut ibumu. Ketika kamu mati, kamu tidak tahu siapa mengusung kamu ke kubur. 3-Ketika kamu dilahirkan, kamu dimandikan dan dibersihkan. Ketika kamu mati, kamu juga dimandikan dan dibersihkan. 4- Ketika kamu dilahirkan kedua ibu bapa kamu dan saudara-mara bergembira. Ketika kamu mati, kamu ditangisi kedua ibu bapa kamu dan sanak-saudara. 5-Kamu dicipta daripada tanah, Maha Suci Allah yang mengembalikan kamu kepada tanah. 6-Ketika dalam perut ibu kamu berada dalam tempat yang sempit dan gelap, ketika kamu mati, kamu juga berada dalam kubur yang sempit dan gelap. 7-Ketika kamu dilahirkan, kami ditutupi kain supaya aurat ditutupi, ketika kamu mati, kamu dikafan dengan kain supaya auratmu tertutup. 8-Ketika kamu dilahirkan kamu, kelahiran kamu dinanti-namtikan dan sering ditanya perkhabaran kamu, Ketika ...