Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Muslimah

Purdah & Niqab mengikut empat mazhab

Imej
سم الله الرّحمن الرّحيم  اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم  السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته Purdah & Niqab mengikut empat mazhab Mazhab Hanafi Pendapat Mazhab Hanafi, wajah wanita bukanlah aurat, namun memakai purdah/niqab hukumnya sunnah (dianjurkan) dan menjadi wajib jika dikhuatiri wanita berkenaan akan menimbulkan fitnah. 1. Asy Syaranbalali berkata: وجميع بدن الحرة عورة إلا وجهها وكفيها باطنهما وظاهرهما في الأصح ، وهو المختار “Seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan telapak tangan dalam serta telapak tangan luar, ini pendapat yang lebih sahih dan merupakan pilihan mazhab kami.” (Matan Nuurul Iidhah) 2. Al Imam Muhammad ‘Alaa-uddin berkata: وجميع بدن الحرة عورة إلا وجهها وكفيها ، وقدميها في رواية ، وكذا صوتها، وليس بعورة على الأشبه ، وإنما يؤدي إلى الفتنة ، ولذا تمنع من كشف وجهها بين الرجال للفتنة “Seluruh badan wanita adalah aurat kecuali wajah dan telapak tangan dalam. Dalam suatu ri...

Wasiat Seorang Ibu Budiman

Imej
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ Allahumma sholli ‘alaa sayyidina Muhammad, wa ‘alaa aalihi wa shohbihi ajma’iin… السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Setelah Al Haris bin Amr, Raja negeri Kandah berkahwin dengan anak perempuan Auf bin Muhlim, di waktu utusan di raja hendak membawa pengantin perempuan untuk disampaikan kepada Raja tadi, maka ibunya berwasiat kepada anak perempuannya ini. Dia berkata:- “Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, Tetapi ! Ia sebagai peringatan untuk yang lalai Dan pedoman kepada yang berakal. Andai ibu-bapamu dapat memberikan segala-galanya nescaya, tidak perlu bagimu seorang suami dan kau terlalu berharga bagi kami, Tetapi ! Wanita dicipta untuk lelaki Lelaki dicipta untuk wanita. Berceraila kau dari ayunan buaianmu meninggalkan teratak tempat besarmu melangkah menuju ke alam baru yang belum kenal yang belum biasa Kau milik suamimu anggap dirimu sebagai hamba tentunya suamimu jadi tem...

Berbahagialah menjadi muslimah

Imej
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamu'alaikum wrbth... Segala puji bagi ALLAH seru sekalian alam, yang tiada sekutu bagi-Nya, tiada beranak dan diperanakkan. Maha Besar ALLAH yang telah menciptakan bumi yang indah dan subur tempat kita mencari makan, bercucuk tanam dan berkampung halaman. Maha Besar ALLAH yang telah membentangkan langit yang indah laksana tempat kita bernaung, berhiaskan bulan dan bintang yang gemerlapan di angkasa, dilengkapi pula dengan matahari yang memancarkan cahayanya yang penuh mengandung syarat-syarat kehidupan yang utama bagi semua makhluk di seluruh alam ini. Selawat dan Salam sejahtera semoga dilimpahkan pada junjungan mulia Nabi Muhammad SAW yang diutus oleh ALLAH untuk mengajar manusia berbudi luhur dan berakhlak tinggi dan semoga dilimpahkan juga bagi keluarganya, para sahabatnya yang telah bersungguh-sungguh berjuang dalam menyebar dan mengembangkan agama islam ke seluruh penjuru dunia. Alhamdulillah, syukur pada ALLAH S.W.T kerana dengan izin-...

Renungan buat kaum hawaku...

Imej
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ Allahumma sholli ‘alaa sayyidina Muhammad, wa ‘alaa aalihi wa shohbihi ajma’iin… السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Jangan bertabarruj .وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَى Firman Allah SWT. " .....dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyyah dulu ..... ". ( Al-Ahzab: 33 ) Qatadah menyatakan bahawa mereka ialah wanita yang berjalan dengan lenggang lenggok. Abu Najib mengatakan, mereka ialah yang berjalan dengan kebanggaan. Al-Farabi berpendapat, mereka ialah wanita yang berpakaian tipis, sehingga tampak kulit badannya. Yang pasti ulama berpendapat: " Mereka ialah wanita yang keluar rumah dan berjalan untuk menarik perhatian orang lain selain suaminya.". Di katakan oleh Imam Mujahid bahawa tabarruj iaitu wanita yang bersolek, berhias diri memperlihatkan perhiasan dan kecantikannya kepada para lelaki. Mereka tidak memiliki rasa malu kecuali sedikit, mereka berjalan di an...

Bukan Sekadar Wanita

Imej
Umar al-Khattab pernah berkata: “Aku impikan rumah ini dipenuhi dengan ‘rijal-rijal’ seperti Muaz bin Jabal, Abu Ubaidah Al-Jarrah, Salim hamba Huzaifah untuk aku gunakan mereka untuk menegakkan kalimah Allah” Kata-kata hebat yang lahir dari insan yang hebat. Mengimpikan ‘rijal’ lebih dari perhiasan duniawi. Fikrahnya sangat jelas, menyeru kepada pembentukan ‘rijal’ dakwah yang mantap untuk menegakkan panji-panji Islam. Dengan itu, akan tertegaklah kalimah Allah di muka bumi ini. Bagaimana untuk menghasilkan ‘rijal’ dakwah yang mantap ini? Tentulah memerlukan satu proses tarbiyah yang benar-benar mantap. Merangkumi segala aspek. Ruhi, jasmani, akal, aqidah, akhlaq, dan amalnya. Ia adalah proses untuk membentuk manusia, bukanlah semudah menguli tepung. Ia merupakan satu proses yang memerlukan kesungguhan dan pengorbanan. Ia juga memerlukan kesabaran yang sangat tinggi. Bukan calang-calang orang boleh melakukan ini. Tetapi cuba bayangkan seandainya impian ini jadi kenyataan suatu hari na...

Wahai Hawa...

Imej
Hawa Bacalah.... Khusus untuk renungan dan hisbah semua.. Semoga Allah meletakkan secebis hidayahNya ke dalam hati kita.... Hawa, Sedarkah engkau sebelum datangnya sinar islam, kita dizalimi, hak kita dicerobohi, kita ditanam hidup-hidup, tiada penghormatan walau secebis oleh kaum adam, tiada nilaian dimata adam, kita hanya sebagai alat untuk memuaskan hawa nafsu mereka. Tapi kini bila rahmat islam menyelubungi alam bila sinar islam berkembang, darjat kita diangkat, maruah kita terpelihara, kita dihargai dan di pandang mulia, dan mendapat tempat di sisi Allah sehingga tiada sebaik-baik hiasan didunia ini melainkan wanita solehah. Wahai Hawa, Kenapa engkau tak menghargai nikmat iman dan islam itu? Kenapa mesti engkau kaku dalam mentaati ajaranNya, kenapa masih segan mengamalkan isi kandungannya dan kenapa masih was-was dalam mematuhi perintahNya? Wahai Hawa, Tangan yang mengoncang buaian bisa mengoncang dunia, sedarlah hawa kau bisa mengoncang dunia dengan melahirka...