Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Kesihatan

Diet berdasarkan jenis darah & Diet Rasulullah SAW

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Allahumma sholli ‘alaa sayyidina Muhammad, wa ‘alaa aalihi wa shohbihi ajma’iin… Syukur pada ALLAH SWT, kerana dengan taufik dan inayahNya telah mengizinkan ana berkongsi kategori kesihatan disini, alhamdulillah.. Dunia perubatan sekali lagi dikejutkan dengan satu kaedah pencegahan penyakit berdasarkan pemilihan pemakanan yang betul. Pemilihan makanan berdasarkan jenis-jenis darah manusia adalah hasil penemuan Dr Peter J. D'Adamo (1996) AS. Beliau menyatakan orang-orang macam saya (darah b) sangat sesuai dengan produk susu dan hasil olahan susu. Tidak dianjurkan makan daging ayam tetapi dicadangkan mengambil dari kambing yang kurang lemak, daging lembu dan ikan. Juga dicadangkan agar mendapatkan istirahat dan olahraga yang cukup. Stress diatasi dengan mengambil buah seperti pisang, tembikai/ (semangka-ind) dan papaya. Diet D'Adamo ini tidak mendapat sokongan dari pakar-pakar pemakanan kerana katanya tidak memenuhi gizi pema...