Catatan

Tarbiyyah Seorang Ibu

Imej
بسم الله الرّحمن الرّحيم اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته Dialog nabila & mama: Nabilah:   Mama, semalam Nabilah lapar. Nabilah doa…Tapi, Allah tak datang-datang pun..Allah dah mati kot Saya:  Isy, Allah tak pernah mati, Nabilah  (jawab saya ringkas kerana masih memikirkan jawapan yang terbaik untuk pernyataannya) Nabilah:  oo..kalau macam tu, mungkin Allah tengah tidur..atau Allah sedang sibuk (Kali ini saya menumpukan perhatian kepada pernyataan anak perempuan saya..) Saya:   Nabilah, Allah tak mati dan Allah tak pernah tidur dan Allah tidak sibuk. Allah tidak sama macam manusia. Nabilah:   Tapi..kenapa Nabilah doa, Allah tak datang pun?  (datang atau dalam erti kata lain maqbulkan) Saya:   Nabilah, adakalanya Allah tidak makbulkan doa kita pada masa itu. Tetapi Allah akan makbulkannya pada masa yang lain. Dan adakalanya, Allah tidak makbulkan doa ...

Eid Mubarak 1434 H

Imej
بسم الله الرّحمن الرّحيم اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته Manakala mentari akhir Ramadhan telah tenggelam di Ufuk barat  Dan fajar keemasan satu Syawal 1434 H  menyeruak indah  Diiringi gemuruh takbir kembali kita ke insan yang fitri. Semoga Ramadhan yang telah kita lewati bersama,  menjadi pendorong untuk kita terus beramal keranaNYA.  Taqabbalallahu minnaa wa minkum..Kullu 'amm wa entum bikhoir  Mohon maaf atas segala kesalahan dan kekhilafan, Semoga ALLAH swt senantiasa melimpahkan rahmat-Nya kepada kita semua. Aamiin. ***  p/s: pada sahabat2 yang sedang memandu, hati2 dlm perjalanan.  Semoga kalian selamat sampai ke tempat tujuan.  Salam Mahabbah..Barakallahu fikum :) ~ Al FaQirah Ila Rabbi ~

The Only Living Sahabi

Imej
بسم الله الرّحمن الرّحيم اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته TAHUKAH ANDA APAKAH POHON INI ? ✔ Inilah pohon yang memahami cinta buat Nabinya Muhammad SAW Pohon yang diberkati. ✔ Sehingga sekarang pokok ini masih hidup lagi di Jordan. Sebab itu ianya digelar “the only living sahabi” atau “sahabat Nabi yang masih hidup”. Sedikit sejarah mengenainya… ✔ Ketika Rasulullah SAW keluar ke Syam bersama Maisarah -pekerja Sayyidatuna Khadijah ra- untuk berniaga, Baginda SAW pernah berteduh di bawah pohon ini sebelum sampai ke sana. ✔ Semasa Baginda SAW berteduh di bawahnya, dahan dan ranting² pohon ini bergerak menaungi Baginda SAW daripada cahaya matahari. ✔ Seorang paderi yang melihat kejadian ini datang bertemu Maisarah & menunjukkan kepadanya pohon tempat teduhan Rasulullah SAW itu dengan berkata: “Hanya seorang Nabi sahaja yang berteduh di bawah pohon ini.” ✔ Pohon ini terletak di tengah padang pasir bernama B...

::Ilmu menjadikan kita takut kepada Allah::

Imej
بسم الله الرّحمن الرّحيم اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته Pada hari ini, kita melihat rata-rata umat Islam di negara ini sudah mula berjinak-jinak dengan majlis-majlis ilmu dan ulama. Di masjid-masjid dan surau-surau majlis-majlis pengajian ilmu semakin rancak diadakan. Ia mendapat sambutan yang memberangsangkan dari segenap lapisan masyarakat yang dahagakan ilmu dan pentarbiahan hatta terdapat masjid yang mengadakan majlis pengajian pada setiap malam. Ini suatu perkembangan yang baik kepada peningkatan kualiti umat Islam di negara ini dan agama Islam itu sendiri. Persoalannya, apakah ilmu yang mereka perolehi ini benar-benar memberikan manfaat dan kesan ke dalam diri mereka? Ketahuilah, bahawa sebaik-baik ilmu ialah ilmu yang menjelmakan perasaan takut kepada Allah SWT. Iaitu, takut yang disertai perasaan membesarkan Allah dan menumbuhkan amal. Allah SWT telah memuji para ulama melalui firman-Nya: Sebenarnya yang...

:: Salam kemenangan Aidilfitri ::

Imej
بسم الله الرّحمن الرّحيم Allahumma sholli ‘alaa sayyidina Muhammad, wa ‘alaa aalihi wa shohbihi ajma’iin… السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته Kini Ramadhan telah pun berakhir, sedih lantaran harus berpisah dengannya, adakah mungkin bertemu kembali? Allahu Rabbi! Y___Y" Allahu 'alam..Semoga amal ibadah kita semua, diterima oleh Allah SWT..aamiin InsyaAllah Sedikit perkongsian dari sahabat baik...sama-sama kita hayati serta usaha amalkannya..:) ***** Hari Raya 'Idul Fitri yang pasti jatuh pada tanggal 1 Syawal merupakan hari yang sangat istimewa. Seluruh kaum muslimin di berbagai belahan bumi bersuka cita merayakannya sebagai Hari Raya 'Idul Fitri. Bergembira, kerana hari raya itu merupakan rahmat Allah yang diberikan kepada umat Nabi Muhammad SAW. Disebut 'Id, kerana pada hari itu Allah memberikan berbagai macam kebaikan kepada hamba~Nya. Di antara kebaikan itu adalah berbuka setelah adanya larangan makan dan minum selama bulan suci Ramadhan,...

.::MUKJIZAT ABADI::.

Imej
بسم الله الرّحمن الرّحيم Allahumma sholli ‘alaa sayyidina Muhammad, wa ‘alaa aalihi wa shohbihi ajma’iin… السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته     Setiap nabi yang diutus oleh Allah di muka bumi ini dibekali dengan mu’jizat. Mu’jizat adalah sesuatu di luar kebiasaan yang diiringi dengan pengakuan sebagai nabi dan ditujukan untuk membenarkan atas pengakuan kenabian tersebut. Nabi Ibrahim a.s. dibekali dengan mu’jizat kebal dari api ketika beliau dihukum dengan api karena menghancurkan berhala kaum musyrik. Nabi Musa a.s. dibekali mu’jizat berupa tongkat sakti yang bisa berubah menjadi ular raksasa dan bisa membelah lautan. Nabi Isa a.s. dibekali dengan kemampuan berbicara saat masih bayi. Mu’jizat para nabi terdalulu bersifat terbatas untuk satu tujuan tertentu iaitu pembuktian kenabian pada saat adanya penolakan dari umatnya. Berbeza dengan para nabi sebelumnya, Nabi Muhammad s.a.w. dibekali dengan mu’jizat yang abadi iaitu al-Quran. Sebagai kitab suci, al-Quran telah menjadi ...

:: Kisah Nenek Yang Ikhlas ::

Imej
Segala Puji bagi Allah, Penguasa sekalian alam, shalawat dan salam semoga terlimpah kepada junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda, para sahabat, para tabi'in dan kaum muslimin yang mengikut petunjuk Allah SWT hingga hari qiamat, aamiin Nenek yang Ikhlas Seorang nenek harus berjalan jauh ke pasar di kota untuk menjual bunga cempaka. Itulah kerja hariannya. Selepas berjualan, beliau singgah dahulu ke masjid di kota untuk bersolat zuhur. Selepas berdoa dan berwirid sekadarnya, nenek itu akan terlebih dahulu membersihkan dedaun yang berselerakan di halaman masjid. Ini dilakukannya setiap hari di bawah terik matahari. Setelah semua dedaun itu dibersihkan barulah beliau pulang ke desanya.Jemaah dan pengelola masjid kasihan melihat rutin nenek yang demikian. Suatu hari, pengurus masjid memutuskan untuk membersihkan dedaun yang berselerakan di halaman masjid sebelum nenek itu datang. Fikirnya, usaha itu akan membantu nenek tadi agar tidak perlu bersusah payah membersihkan h...

PERKARA ASAS YANG MEMBATALKAN PUASA

Imej
بسم الله الرّحمن الرّحيم Allahumma sholli ‘alaa sayyidina Muhammad, wa ‘alaa aalihi wa shohbihi ajma’iin… السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته PERKARA ASAS YANG MEMBATALKAN PUASA IALAH: Sebagaimana yang disepakati (Ittifaq) ulama' berdasarkan kepada nas al-Quran, hadis dan ijma’ ialah empat perkara; 1) Makan. 2) Minum. 3) Jima’. Dalilnya ialah firman Allah swt yang bermaksud: “...Maka sekarang campurilah mereka (isteri kamu) dan ikutilah apa yang telah ditetapkan Allah untukmu, dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam, yaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sampai (datang) malam...”. [Al-Baqarah:187] 4) Haid dan Nifas. Dalilnya hadis Abu Said al-Khudri yang bermaksud: Sabda Rasulullah saw: “Bukankah perempuan itu apabila mereka haid, tidak bersolat dan tidak berpuasa…”. [Bukhari: 304, Muslim: 79] Antara perkara yang membatalkan puasa lagi (menurut mazhab asy-syafie) ialah: 5) Sampai sesuatu (‘ain) ke dalam rongga (al-Jauf) melalui...

65 Tahun Merangkak Ke Masjid

Imej
بسم الله الرّحمن الرّحيم Allahumma sholli ‘alaa sayyidina Muhammad, wa ‘alaa aalihi wa shohbihi ajma’iin… السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته Terdapat dalam sebuah hadith shahih yang Diriwayatkan oleh Abu Sa'id r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda, " Apabila kamu melihat seseorang yang selalu ke masjid maka hendaklah kamu bersaksi atas keimanannya. " lalu Baginda SAW membaca ayat Quran yang berikut: " Sesungguhnya yang memakmurkan masjid-masjid Allah (yakni yang menghidupkan amalan dalamnya) ialah orang yang beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat ....." (S. At -Taubah:18) **** Sebuah Kisah: 65 Tahun Merangkak Ke Masjid Syeikh Abdullah Al-Asiri yang lumpuh anggota badannya sejak dilahirkan. Bukan sekadar solat subuh berjemaah tetapi setiap lima waktu solat beliau akan berulang alik ke masjid dengan merangkak. Beliau tinggal di salah satu perkampungan terpencil di Selatan Alazizia, Arab Saudi. Kini, walau pun umurnya telah mencecah tua 76 tahun ditamba...

PUASA JALAN MENCAPAI TAQWA

Imej
Bismillahirrahmanirrahim... Seluruh pujian hanya untuk Allah Penguasa alam semesta, shalawat dan salam yang paling utama dan paling sempurna kepada Uswatun Hasanah Nabi Muhammad SAW beserta keluarganya, seluruh sahabatnya, para penyeru al-Haq, dan para pemimpin kebaikan yang selalu berusaha menegakkan kalimatullah hingga hari kiamat, Aamiin. Ahlan Ya Ramadhan kareem! Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.... ♥ PUASA JALAN MENCAPAI TAQWA ♥ Sesungguhnya matlamat utama ibadah puasa ialah untuk mencapai taqwa, sesuai dengan firman Allah SWT bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sepertimana diwajibkan atas orang yang sebelum kamu agar kamu bertaqwa”(Surah Al-Baqarah : 183). Jika kita mahu merenung iaitu mengapa Allah SWT memilih puasa untuk mencapai taqwa? Mengapa Allah SWT tidak memilih solat sebagai tiang agama untuk mencapai taqwa, tidak pula melalui zakat, haji dan lain-lain. Bermakna puasa itu adalah ibadah yang sangat istimewa. ...

Sheikh Habib Umar : Memperingati Manusia Agung

Imej
Bismillahirrahmanirrahim... Segala puji bagi ALLAH, Rabb sekalian alam..Selawat serta salam semoga terlimpah kepada junjungan kita, Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda, para sahabat, para tabi'in dan kaum muslimin yang mengikut petunjuk ALLAH SWT. Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarokatuh... Apa khabar iman sahabat-sahabatku yg dikasihi ALLAH sekalian? moga ianya menapak tinggi dalam hati, insyaALLAH=) barakallahulakum..aamiin Sebagai tanda sayang dan cinta pada insan mulia Rasulullah SAW, maka marilah kita memperbanyakkan selawat ke atas baginda nabi SAW, apatah lagi di jum'ah yang penuh barokah ini,  dgn lafaz hamdallah, dengan izinNya, kita masih lagi mampu berbuat amal kebajikan, bt bekalan dihari perhitungan...insyaALLAH, ILA MARDHATILLAH  yg dicari.. ALLAH SWT berfirman yang bermaksud “ Sesungguhnya Allah dan para malaikat-nya selawat kepada Nabi . Hai orang² yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya .” (Surah Al-Ahz...

Lagi Sebuah Renungan: K.E.M.A.T.I.A.N

Imej
بسم الله الرّحمن الرّحيم Allahumma sholli ‘alaa sayyidina Muhammad, wa ‘alaa aalihi wa shohbihi ajma’iin… السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته 3 Kemuliaan Mengingati Mati dan 3 Kecelakaan Tidak Mengingati Mati Berkata Ad-Daqqaq: Barangsiapa yang memperbanyakkan mengingati mati, akan dimuliakan dengan 3 perkara : 1- Segera bertaubat 2- Hati yang qana'ah (berasa cukup dengan apa yang ada) 3- Cergas beribadah Manakala barangsiapa yang selalu lupa mengingati mati, akan ditimpa dengan 3 perkara, 1- Melambat-lambatkan taubat 2- Tidak pernah merasa cukup 3- Malas beribadah Dinukil oleh Imam Qurtubi rahimahullah dalam kitab At-Tazkirah source: Ummu Umar p/s: Moga menjadi renungan bersama, in sha ALLAH

Bukan Cinta Biasa

Imej
Bismillahirrahmanirrahim Assalamu'alaikum wbrt Cinta luar biasa.. Cinta seorang Kekasih kepada umatnya.. Hingga pada hembusan nafasnya yang terakhir.. Lidah Rasulullah menuturkan tanpa henti.. Ummati.. ummati.. ummati.. Cinta luar biasa.. Kisah cinta Handzalah.. Meninggalkan isteri di malam pernikahan.. Lantaran menyahut seruan jihad.. Akhirnya syahid di medan perjuangan.. Cinta luar biasa.. Seteguh kasih Khadijah Radiallahu'an (ha).. Tak pernah jemu memberikan sokongan.. Rela mengorbankan segala kemewahan.. Di saat Rasulullah dan Islam dipinggirkan. . Cinta luar biasa.. Kisah kesetiaan Abu Bakar Radiallahu'an (hu).. Kasih seorang sahabat yg tiada tandingan.. Insan yang sentiasa membenarkan. . Sewaktu kata-kata Rasulullah dipersendakan. . Cinta luar biasa.. Kisah ketabahan Hajar.. Ditinggalkan di tanah yang gersang bersama Ismail.. Bukti kasih seorang ibu yg berlarian mencari air.. Tatkala mendengar tangisan si anak kecil.. Cinta luar biasa.. Umpama keberanian Ali....

Kalam ALLAh Penyuluh Hati dan Jiwa

Imej
Bismillahirrahmanirrahim.... Allahumma sholli ‘alaa sayyidina Muhammad, wa ‘alaa aalihi wa shohbihi ajma’iin… Assalamu'alaikum w.b.t... Hazrat Abu Sa'id r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, " Allah SWT berfirman, " Jikalau sesiapa mendapati tidak ada masa untuk mengingatiKu dan berdoa kepadaKu kerana sibuk dengan al-Quran maka Aku akan mengurniakan kepadanya perkara yang terbaik yang Aku kurniakan kepada orang yang berdoa kepadaKu. Ketinggian perkataan ALLAh SWT ke atas segala perkataan adalah seumpama ketinggian ALLAh SWT ke atas segala makhluk (ciptaanNya). " [HR Tirmizi, Darimi dan Baihaqi] BETAPA mahalnya harga ketenangan jiwa. Banyak yang mengorbankan apa saja untuk mendapatkannya. Namun, ramai yang salah cara. Lihat saja orang sanggup menghabiskan berjam-jam tenggelam di tempat hiburan meneguk minuman keras. Ada yang menghabiskan wang yang banyak bagi mendapatkan pil penenang, namun ketenangan yang dicari tidak kunjung tiba. Banyak perkara ...

Kasih Abadi

Imej
Bismillahirrahmanirrahim.... Allahumma sholli ‘alaa sayyidina Muhammad, wa ‘alaa aalihi wa shohbihi ajma’iin… Assalamu'alaikum w.b.t... ♥♥..KASIH ABADI..♥♥ Ku hayati kisahmu ya Rasulullah.. Hatiku tersentuh..airmataku berderai.. Betapa mendalamnya kasihmu.. Melebihi dalamnya lautan biru.. Biar hembusan nafasmu kian tiba penghujungnya.. Namun hatimu ya Rasulullah.. Masih diselubungi kerisauan.. Andai dikau pergi dulu.. Bagaimana nanti dengan nasib umatmu.. Hatimu ya Rasulullah penuh CINTA.. Hatimu ya Rasulullah penuh RINDU.. Hatimu ya Rasulullah penuh KASIH.. KASIH ABADI HINGGA KE SYURGAWI.. Sesungguhnya ya Rasulullah... Kami rindu untuk bersamamu.. Moga airmata kami pada malam ini.. Akan menjadi saksi & mendapat syafaatmu ya Rasulullah.. Moga di syurga kita bertemu.. Kekal abadi buat selamanya.. ~> NUKILAN RASA DATO' USTAZAH SITI NOR BAHYAH MAHAMOOD. Rasulullah SAW bersabda, "almar_u ma'aman ahabb", seseorang kelak akan dikumpulkan dengan orang2 yg...