Catatan

Sheikh Habib Umar : Memperingati Manusia Agung

Imej
Bismillahirrahmanirrahim... Segala puji bagi ALLAH, Rabb sekalian alam..Selawat serta salam semoga terlimpah kepada junjungan kita, Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda, para sahabat, para tabi'in dan kaum muslimin yang mengikut petunjuk ALLAH SWT. Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarokatuh... Apa khabar iman sahabat-sahabatku yg dikasihi ALLAH sekalian? moga ianya menapak tinggi dalam hati, insyaALLAH=) barakallahulakum..aamiin Sebagai tanda sayang dan cinta pada insan mulia Rasulullah SAW, maka marilah kita memperbanyakkan selawat ke atas baginda nabi SAW, apatah lagi di jum'ah yang penuh barokah ini,  dgn lafaz hamdallah, dengan izinNya, kita masih lagi mampu berbuat amal kebajikan, bt bekalan dihari perhitungan...insyaALLAH, ILA MARDHATILLAH  yg dicari.. ALLAH SWT berfirman yang bermaksud “ Sesungguhnya Allah dan para malaikat-nya selawat kepada Nabi . Hai orang² yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya .” (Surah Al-Ahz...

Lagi Sebuah Renungan: K.E.M.A.T.I.A.N

Imej
بسم الله الرّحمن الرّحيم Allahumma sholli ‘alaa sayyidina Muhammad, wa ‘alaa aalihi wa shohbihi ajma’iin… السّلام عليكم ورحمة الله وبركاته 3 Kemuliaan Mengingati Mati dan 3 Kecelakaan Tidak Mengingati Mati Berkata Ad-Daqqaq: Barangsiapa yang memperbanyakkan mengingati mati, akan dimuliakan dengan 3 perkara : 1- Segera bertaubat 2- Hati yang qana'ah (berasa cukup dengan apa yang ada) 3- Cergas beribadah Manakala barangsiapa yang selalu lupa mengingati mati, akan ditimpa dengan 3 perkara, 1- Melambat-lambatkan taubat 2- Tidak pernah merasa cukup 3- Malas beribadah Dinukil oleh Imam Qurtubi rahimahullah dalam kitab At-Tazkirah source: Ummu Umar p/s: Moga menjadi renungan bersama, in sha ALLAH

Bukan Cinta Biasa

Imej
Bismillahirrahmanirrahim Assalamu'alaikum wbrt Cinta luar biasa.. Cinta seorang Kekasih kepada umatnya.. Hingga pada hembusan nafasnya yang terakhir.. Lidah Rasulullah menuturkan tanpa henti.. Ummati.. ummati.. ummati.. Cinta luar biasa.. Kisah cinta Handzalah.. Meninggalkan isteri di malam pernikahan.. Lantaran menyahut seruan jihad.. Akhirnya syahid di medan perjuangan.. Cinta luar biasa.. Seteguh kasih Khadijah Radiallahu'an (ha).. Tak pernah jemu memberikan sokongan.. Rela mengorbankan segala kemewahan.. Di saat Rasulullah dan Islam dipinggirkan. . Cinta luar biasa.. Kisah kesetiaan Abu Bakar Radiallahu'an (hu).. Kasih seorang sahabat yg tiada tandingan.. Insan yang sentiasa membenarkan. . Sewaktu kata-kata Rasulullah dipersendakan. . Cinta luar biasa.. Kisah ketabahan Hajar.. Ditinggalkan di tanah yang gersang bersama Ismail.. Bukti kasih seorang ibu yg berlarian mencari air.. Tatkala mendengar tangisan si anak kecil.. Cinta luar biasa.. Umpama keberanian Ali....

Kalam ALLAh Penyuluh Hati dan Jiwa

Imej
Bismillahirrahmanirrahim.... Allahumma sholli ‘alaa sayyidina Muhammad, wa ‘alaa aalihi wa shohbihi ajma’iin… Assalamu'alaikum w.b.t... Hazrat Abu Sa'id r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, " Allah SWT berfirman, " Jikalau sesiapa mendapati tidak ada masa untuk mengingatiKu dan berdoa kepadaKu kerana sibuk dengan al-Quran maka Aku akan mengurniakan kepadanya perkara yang terbaik yang Aku kurniakan kepada orang yang berdoa kepadaKu. Ketinggian perkataan ALLAh SWT ke atas segala perkataan adalah seumpama ketinggian ALLAh SWT ke atas segala makhluk (ciptaanNya). " [HR Tirmizi, Darimi dan Baihaqi] BETAPA mahalnya harga ketenangan jiwa. Banyak yang mengorbankan apa saja untuk mendapatkannya. Namun, ramai yang salah cara. Lihat saja orang sanggup menghabiskan berjam-jam tenggelam di tempat hiburan meneguk minuman keras. Ada yang menghabiskan wang yang banyak bagi mendapatkan pil penenang, namun ketenangan yang dicari tidak kunjung tiba. Banyak perkara ...

Kasih Abadi

Imej
Bismillahirrahmanirrahim.... Allahumma sholli ‘alaa sayyidina Muhammad, wa ‘alaa aalihi wa shohbihi ajma’iin… Assalamu'alaikum w.b.t... ♥♥..KASIH ABADI..♥♥ Ku hayati kisahmu ya Rasulullah.. Hatiku tersentuh..airmataku berderai.. Betapa mendalamnya kasihmu.. Melebihi dalamnya lautan biru.. Biar hembusan nafasmu kian tiba penghujungnya.. Namun hatimu ya Rasulullah.. Masih diselubungi kerisauan.. Andai dikau pergi dulu.. Bagaimana nanti dengan nasib umatmu.. Hatimu ya Rasulullah penuh CINTA.. Hatimu ya Rasulullah penuh RINDU.. Hatimu ya Rasulullah penuh KASIH.. KASIH ABADI HINGGA KE SYURGAWI.. Sesungguhnya ya Rasulullah... Kami rindu untuk bersamamu.. Moga airmata kami pada malam ini.. Akan menjadi saksi & mendapat syafaatmu ya Rasulullah.. Moga di syurga kita bertemu.. Kekal abadi buat selamanya.. ~> NUKILAN RASA DATO' USTAZAH SITI NOR BAHYAH MAHAMOOD. Rasulullah SAW bersabda, "almar_u ma'aman ahabb", seseorang kelak akan dikumpulkan dengan orang2 yg...

Wasiat Seorang Ibu Budiman

Imej
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ Allahumma sholli ‘alaa sayyidina Muhammad, wa ‘alaa aalihi wa shohbihi ajma’iin… السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Setelah Al Haris bin Amr, Raja negeri Kandah berkahwin dengan anak perempuan Auf bin Muhlim, di waktu utusan di raja hendak membawa pengantin perempuan untuk disampaikan kepada Raja tadi, maka ibunya berwasiat kepada anak perempuannya ini. Dia berkata:- “Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, Tetapi ! Ia sebagai peringatan untuk yang lalai Dan pedoman kepada yang berakal. Andai ibu-bapamu dapat memberikan segala-galanya nescaya, tidak perlu bagimu seorang suami dan kau terlalu berharga bagi kami, Tetapi ! Wanita dicipta untuk lelaki Lelaki dicipta untuk wanita. Berceraila kau dari ayunan buaianmu meninggalkan teratak tempat besarmu melangkah menuju ke alam baru yang belum kenal yang belum biasa Kau milik suamimu anggap dirimu sebagai hamba tentunya suamimu jadi tem...

“Hubbud dun-ya” (cinta dunia)

Imej
Bismillahirrahmanirrahim.... Allahumma sholli ‘alaa sayyidina Muhammad, wa ‘alaa aalihi wa shohbihi ajma’iin… Assalamu'alaikum w.b.t... Daripada Imam Abdullah bin al Mubarak ra telah meriwayatkan dalam kitab Al Zuhd dengan sanad beliau daripada seorang lelaki (Khalid bin Maadan) yang pernah berkata kepada Muaz r.a: “Wahai Muaz r.a! Ceritakanlah kepadaku sebuah hadis yang pernah engkau dengar daripada Rasulullah saw. Berkata rawi hadis tersebut (Khalid bin Maadan) lalu Muaz r.a menangis sehingga aku sangka ia tidak dapat berhenti tetapi akhirnya Muaz r.a berhenti daripada tangisannya kemudian lalu Muaz r.a berkata: Aku mendengar Rasulullah saw pernah bersabda kepadaku: Wahai Muaz! Sebenarnya aku mahu menceritakan kepada kamu sebuah hadis jikalau engkau mampu memeliharanya pasti ia akan memberi manfaat akan dikau di sisi Allah tetapi jika engkau mensia-siakannya dan tidak memeliharanya maka akan terputuslah hujjahmu di hadapan Tuhan pada hari kiamat nanti. Wahai Muaz! Sesungguh...

Luruskan niat keranaNya

Imej
Bismillahirrahmanirrahim.... Allahumma sholli ‘alaa sayyidina Muhammad, wa ‘alaa aalihi wa shohbihi ajma’iin… Assalamu'alaikum w.b.t... Mutiara kata Al-Iman Al-Ghazali dalam mengkoreksi, membetulkan tujuan kita dalam mencari dan menuntut ilmu. Antara yang disebutkan oleh beliau ialah, pada mengingatkan kita bahaya niat yang salah dalam mencari ilmu: "Sesungguhnya engkau jika menuntut ilmu dengan tujuan untuk bertanding kehebatan, bermegah-megah, mendahului rakan-rakan (dalam ilmu), mendapatkan perhatian atau pandangan manusia kepada engkau, atau mengumpul harta dunia, maka sesungguhnya engkau sedang menuju kepada meruntuhkan agama engkau, membinasakan diri sendiri, dan menjual akhiratmu dengan dunia, maka tentu sekali ia suatu urusniaga yang merugikan dan perniagaan yang binasa. Malah guru engkau sendiri yang membantu dalam kemaksiatan engkau serta bersekutu dengan engkau dalam kerugian engkau. Dia seperti seorang penjual senjata kepada penyamun jalanan. Bersesuaian de...

Maka Berbahagialah Wahai Lelaki Soleh...

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم Allahumma sholli ‘alaa sayyidina Muhammad, wa ‘alaa aalihi wa shohbihi ajma’iin… السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Setiap lelaki mempunyai tanggungjawab yang besar di dunia... Memimpin wanita menuju ke syurga... Namun sedarkah anda lelaki soleh mempunyai ganjaran yang sangat besar di Syurga kelak... Ganjaran yang tiada tolok banding kenikmatannya... Sekiranya anda mengamalkan "Ammar Ma'ruf Nahi Mungkar" Maka berbahagialah wahai lelaki soleh... Bidadari Syurga menanti anda... Sebagai isteri di Syurga... Wahai lelaki soleh, tidakkan anda sedar Bidadari Syurga itu :- Matanya bak jeli laksana permata yang tersimpan baik tidak terusik Kulitnya putih seakan-akan telur burung unta yang tertanam elok didalam pasir tidak ternoda Usianya yang sentiasa remaja tidak tua makan dek usia Sekiranya anda memeluk bidadari tersebut anda akan dapat melihat wajah anda sendiri di pipi bidadari tersebut yang lebih bersih dari cermin Bidadari ni ...

Berbahagialah menjadi muslimah

Imej
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamu'alaikum wrbth... Segala puji bagi ALLAH seru sekalian alam, yang tiada sekutu bagi-Nya, tiada beranak dan diperanakkan. Maha Besar ALLAH yang telah menciptakan bumi yang indah dan subur tempat kita mencari makan, bercucuk tanam dan berkampung halaman. Maha Besar ALLAH yang telah membentangkan langit yang indah laksana tempat kita bernaung, berhiaskan bulan dan bintang yang gemerlapan di angkasa, dilengkapi pula dengan matahari yang memancarkan cahayanya yang penuh mengandung syarat-syarat kehidupan yang utama bagi semua makhluk di seluruh alam ini. Selawat dan Salam sejahtera semoga dilimpahkan pada junjungan mulia Nabi Muhammad SAW yang diutus oleh ALLAH untuk mengajar manusia berbudi luhur dan berakhlak tinggi dan semoga dilimpahkan juga bagi keluarganya, para sahabatnya yang telah bersungguh-sungguh berjuang dalam menyebar dan mengembangkan agama islam ke seluruh penjuru dunia. Alhamdulillah, syukur pada ALLAH S.W.T kerana dengan izin-...

TAZKIRAH RAMADHAN: EMPAT TUNTUTAN

Imej
Bismillahirrahmanirrahim Allahumma sholli ‘alaa sayyidina Muhammad, wa ‘alaa aalihi wa shohbihi ajma’iin… Assalamu'alaikum w.b.t buat sahabat-sahabat yang dikasihi ALLAH S.W.T sekalian, semoga semuanya berada dalam dakapannya iman dan taqwa kepada ALLAH...aamiin. TAZKIRAH RAMADHAN: EMPAT TUNTUTAN "Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang yang bertakwa." - Surah Al Baqarah: 183- Ramadhan adalah bulan yang amat bermakna bagi mereka yang tahu menilai dan menghargai kelebihannya. Ramadhan merupakan masa untuk menguji tahap kesabaran, waktu menunjukkan simpati kepada yang memerlukan ihsan, juga bulan mulia untuk menambah ibadat dan amalan. Rasulullah SAW telah menggariskan empat amalan utama yang digalakkan dalam bulan ini iaitu; 1. Melazimkan bacaan kalimah taiyibah; 2. Beristighfar; 3. Memohon memasuki jannah dan 4. Berlindung dengan-Nya daripa...

Kebahagiaan terpancar daripada keberkatan ALLAH

Imej
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ Allahumma sholli ‘alaa sayyidina Muhammad, wa ‘alaa aalihi wa shohbihi ajma’iin… السلام عليكم ورحمة الله وبركاته UMAT Islam perlu mencari keberkatan kerana tanpanya jiwa pasti tidak akan berasa tenang dan puas. ALLAH S.W.T berfirman yang bermaksud: “Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: ‘Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun’. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk. (Surah al-Baqarah ayat 155-157) Ada golongan berusaha siang malam mencari rezeki. Malah, sanggup menggadai nyawa tetapi mengapa ia tidak memberikan jaminan kebahagiaan? Mengapa ada yang memiliki rumah besar dan megah, tetapi masih tidak gembira? Bahkan mereka bermati-matian men...

Memburu Kemanisan Iman

Imej
Bismillahirrahmanirrahim... Segala puji bagi ALLAH seru sekalian alam, yang tiada sekutu bagi-Nya, tiada beranak dan diperanakkan. Maha Besar ALLAH yang telah menciptakan bumi yang indah dan subur tempat kita mencari makan, bercucuk tanam dan berkampung halaman. Maha Besar ALLAH yang telah membentangkan langit yang indah laksana tempat kita bernaung, berhiaskan bulan dan bintang yang gemerlapan di angkasa, dilengkapi pula dengan matahari yang memancarkan cahayanya yang penuh mengandung syarat-syarat kehidupan yang utama bagi semua makhluk di seluruh alam ini. Selawat dan Salam sejahtera semoga dilimpahkan pada junjungan mulia Nabi Muhammad SAW yang diutus oleh ALLAH untuk mengajar manusia berbudi luhur dan berakhlak tinggi dan semoga dilimpahkan juga bagi keluarganya, para sahabatnya yang telah bersungguh-sungguh berjuang dalam menyebar dan mengembangkan agama islam ke seluruh penjuru dunia. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Memburu Kemanisan Iman Apabila manusia tidak kenal ALLAH, manus...

Mengapa kita mesti mati dan hidup sesudah mati?

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَآلِهِِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Setiap manusia tentu pernah berkata di dalam hatinya, jika tidak ada mati nescaya hidup akan terus kekal seperti keadaannya. Dan kejernihan hidup tidak akan dikeruhkan oleh pemindahan mengejut yang dianggap manusia sebagai suatu perkara yang dibenci dan menakutkan. Tetapi jika manusia memehati dengan teliti serta membayangkan tentang kehidupan tanpa kematian, nescaya dia pasti mendapati kematian itu suatu kemestian. Jika kehidupan dunia itu berterusan tanpa maut, manusia tetap tidak mencapai lebih daripada jaraknya yang pendek, pengetahuan yang sempit dan ufuknya yang terbatas. Biar betapa luas manusia memperolehi ilmu pengetahuan dan makrifat semasa dalam kehidupan di dunia, namun dia hanya mengetahui mengikut kadar kebolehannya yang terdaya di capai oleh alat-alat kelengkapan yang ada pada dirinya yang mana sangat terbatas dan sangat lemah. Maut itu sering me...