Catatan

Mengapakah tertolaknya Do'a?

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم Salam serta selawat kepada junjungan Nabi S.A.W, Rasul pilihan yang menjadi kekasih-Nya, salam serta doa keselamatan juga terlimpah buat keluarga Baginda, para sahabat 'khairul qurun' serta seluruh umat Baginda yang setia berkomitmen, menggenggam setia sunnah-sunnah Rasulnya sehingga akhir zaman. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Di bawakan pendapat seorang ahli tasawuf besar, yang kenamaan dan termasyhur dimana-mana, iaitu Ibrahim bin A'dham bin Mansur, wafat tahun 661 Hijrah, tentang sebab-sebab yang membikin hati menjadi buta, sehingga tidak ada hubungan dengan ALLAH dan oleh kerananya, doanya tidak diterima. Ketika Ibrahim bin Ad'ham berada di pasar Basrah, telah dikerumuni beliau oleh orang ramai, diantaranya ada yang bertanya, " Ya Aba Ishak! gelaran bagi Ibrahim bin Ad'ham, mengapakah kami memohon doa kepada ALLAH, tetapi tidak dikabulkan doa kami?". Ibrahim bin Ad'ham menjawab: " Kerana hati kamu telah mati disebabkan ...

Renungan buat kaum hawaku...

Imej
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ Allahumma sholli ‘alaa sayyidina Muhammad, wa ‘alaa aalihi wa shohbihi ajma’iin… السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Jangan bertabarruj .وَلَا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الْأُولَى Firman Allah SWT. " .....dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyyah dulu ..... ". ( Al-Ahzab: 33 ) Qatadah menyatakan bahawa mereka ialah wanita yang berjalan dengan lenggang lenggok. Abu Najib mengatakan, mereka ialah yang berjalan dengan kebanggaan. Al-Farabi berpendapat, mereka ialah wanita yang berpakaian tipis, sehingga tampak kulit badannya. Yang pasti ulama berpendapat: " Mereka ialah wanita yang keluar rumah dan berjalan untuk menarik perhatian orang lain selain suaminya.". Di katakan oleh Imam Mujahid bahawa tabarruj iaitu wanita yang bersolek, berhias diri memperlihatkan perhiasan dan kecantikannya kepada para lelaki. Mereka tidak memiliki rasa malu kecuali sedikit, mereka berjalan di an...

Mari gilap hati dengan Ingat Mati!

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم Allahumma sholli ‘alaa sayyidina Muhammad, wa ‘alaa aalihi wa shohbihi ajma’iin… السلام عليكم ورحمة الله وبركاته KETIKA NYAWA DICABUT Pada hari, jam dan ketika yang telah ditentukan datanglah Malaikat maut yang ditugaskan oleh Allah untuk mencabut nyawa orang yang akan dimatikan. Firman Allah SWT maksudnya: " Katakanlah, akan diambil nyawa kamu oleh Malaikat maut yang ditugaskan buat kamu, kemudian kepada Tuhanmulah akan dikembalikan." (As-Sajadah:11) Menurut keterangan dari hadis Nabi, orang yang baik akan dijemput rohnya oleh Malaikat Rahmat dan orang yang jahat akan dijemput rohnya oleh Malaikat Azab. Firman Allah SWT maksudnya: " Alangkah hebatnya sekiranya engkau melihat orang-orang zalim itu dalam sakaratul maut, sementara Malaikat menghulur tangan-tangan mereka sambil berkata: keluarkanlah nyawa-nyawa kamu, dihari inilah kamu akan dibalas dengan azab yang pedih." (Al-An'am:93) Firman Allah SWT yang bermaksud: " Dan alangkah heb...

Tiada Perbezaan Anak Lelaki Atau Perempuan

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَآلِهِِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Nabi Muhammad SAW ketika digembirakan dengan kelahiran Fatimah r.anha, baginda melihat tanda-tanda kehampaan pada wajah sahabat-sahabat baginda lalu baginda bersabda yang bermaksud: " Kenapa kamu kulihat begini? Aku mencium bau syurga dan rezeki Fatimah berada di atas ALLAH." Begitu juga Nabi SAW menangis ketika kewafatan anaknya Ibrahim lalu ditanya para sahabat, " Adakah engkau pun menangis wahai Rasulullah? Jawab Rasulullah SAW: " Inilah adalah sifat Rahmat (kasih sayang) yang dijadikan oleh ALLAH dalam hati manusia. Sesungguhnya anak-anak yang kecil perlu kepada kasih sayang dan ciuman. Dan sifat-sifat ini melahirkan satu tindak balas dalam jiwanya kerana Nabi SAW ada bersabda diriwayatkan oleh Ibn Asaakir dan Al-sayuthi yang bermaksud: " Sesiapa yang mempunyai anak hendaklah dia berlemah lembut dengannya." Dan antara bukti isl...

Diet berdasarkan jenis darah & Diet Rasulullah SAW

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Allahumma sholli ‘alaa sayyidina Muhammad, wa ‘alaa aalihi wa shohbihi ajma’iin… Syukur pada ALLAH SWT, kerana dengan taufik dan inayahNya telah mengizinkan ana berkongsi kategori kesihatan disini, alhamdulillah.. Dunia perubatan sekali lagi dikejutkan dengan satu kaedah pencegahan penyakit berdasarkan pemilihan pemakanan yang betul. Pemilihan makanan berdasarkan jenis-jenis darah manusia adalah hasil penemuan Dr Peter J. D'Adamo (1996) AS. Beliau menyatakan orang-orang macam saya (darah b) sangat sesuai dengan produk susu dan hasil olahan susu. Tidak dianjurkan makan daging ayam tetapi dicadangkan mengambil dari kambing yang kurang lemak, daging lembu dan ikan. Juga dicadangkan agar mendapatkan istirahat dan olahraga yang cukup. Stress diatasi dengan mengambil buah seperti pisang, tembikai/ (semangka-ind) dan papaya. Diet D'Adamo ini tidak mendapat sokongan dari pakar-pakar pemakanan kerana katanya tidak memenuhi gizi pema...

Top UP- Renungan bersama

Imej
Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamu'alaikum wbt.. Allahumma sholli ‘alaa sayyidina Muhammad, wa ‘alaa aalihi wa shohbihi ajma’iin… ______________________________________________ TOP UP “Maaf,baki anda tidak mencukupi untuk membuat panggilan”.. Kita sering saja mendengar perkataan ini daripada operator telefon apabila kita kehabisan kredit.Selalunya,apabila kita ingin membuat panggilan,lebih-lebih lagi kepada yang tersayang,apabila mendengar perkataan ini keluar dari telefon,kita akan berasa kecewa dan terus bergegas mencari bekalan ‘topup’.Kita akan memastikan bahawa kredit kita sentiasa penuh.Tetapi,pernah tidak kita aplikasikan ini kepada sesuatu yang lain? Cuba kita bayangkan.Satu hari,satu suara berkata kepada kita..“Maaf,pahala anda tidak mencukupi untuk membolehkan anda masuk ke syurga”.Pernah tak kita berfikir seperti itu?Bayangkan di hari kebangkitan nanti,perkataan seperti itu diucapkan kepada kita.Bagaimana agaknya perasaan kita ketika itu?Apakah kita masih boleh men ‘top...

Iblis Menggoda Nabi Ayub a.s

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Allahumma sholli ‘alaa sayyidina Muhammad, wa ‘alaa aalihi wa shohbihi ajma’iin… Para malaikat memuji akan sikap dan keperibadian Nabi Ayub as yang suka beribadah dan mengingat Allah SWT. Hidupnya penuh dengan rasa kesyukuran yang mendalam atas nikmat yang dibahagikan oleh Allah SWT kepadanya. Iblis mendengar pujian para Malaikat tersebut yang membuat hatinya menjadi panas kerana ia telah bersumpah dengan Allah untuk menggoda setiap anak cucu Adam. Oleh sebab itu ia tidak rela melihat manusia yang berada di permukaan bumi ini beriman, beribadah dan beramal soleh. Kemudian Iblis menjumpai Ayub untuk melihat sendiri tentang apa yang diperkatakan oleh malaikat itu. Ternyatanya memang benar bahawa Nabi Ayub as memang patut menerima pujian tersebut. Nabi Ayub hidup dalam keadaan yang serba mewah dengan harta kekayaan yang banyak, hidup rukun dengan anak dan isterinya. Namun begitu Nabi Ayub tidak terlena dengan kekayaan dan anak isterin...

Tutupilah Auratmu...

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Allahumma sholli ‘alaa sayyidina Muhammad, wa ‘alaa aalihi wa shohbihi ajma’iin… Atas izinNya Yang Maha Agung, kini diri di tag pula oleh adik nur tasnim imtiaz bagi " Cover Your Aurat Campaign ", satu kempen yang sangat baik, syukran dik kerana sudi tag akak, kita sama-sama doakan mudah-mudahan kaum hawa terus diberi kekuatan menutupi aurat dengan sempurna..insya'ALLAH **** Wahai hawa! Ingatlah! Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri Itulah sekeping hati yang takut pada Ilahi Berpegang pada janji mengabdikan diri **** artikel ini diambil dari laman web Ustaz Hj Zaharuddin bagi pencerahan buat kaum hawa, mengapa perlu menutupi aurat dengan penuh syariat, insya'AL...

Kalau Dahi Tak Mencecah Sejadah Di Dunia

Imej
Assalamu'alaikum wbt... Bismillahirrahmanirrahim.. Allahumma sholli ‘alaa sayyidina Muhammad, wa ‘alaa aalihi wa shohbihi ajma’iin… Sudah Bersediakah Anda Ketika Dipanggil Pulang Oleh Allah SWT.? Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan! Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan! Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan! Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan! Dengan kain kafan yang serba putih! Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih.... Walaupun orang yang hadir itu merintih.... Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai.... Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah Dengan empat kali takbir dan satu salam Berserta Fatihah, Selawat dan do'a.... Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus.... Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup? Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud.... Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput? Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian.... Justeru ku menyer...

Bahaya Cinta Dunia

Imej
Bismillahirrahmanirrahim Assalamu'alaikum wbt, Allah SWT banyak sekali menerangkan dalam Al-Qur’an tentang hakikat kehidupan dunia dan menganjurkan kepada kita agar bersikap zuhud terhadapnya serta memperingatkan kita akan bahaya cinta dunia tersebut, demikian pula Rasulullah SAW dalam sabda –sabdanya. Allah SWT berfirman: “Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak.” (QS. Al-Hadiid: 20) Allah SWT berfirman : “Dan semuanya itu tidak lain hanyalah kesenangan kehidupan dunia, dan kehidupan akhirat itu di sisi Tuhanmu adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.” (QS.Az-Zukhruf: 35) Allah SWT berfirman: ”Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenagan yang memperdayakan.” (QS. Ali Imran: 185) Allah SWT berfirman: “ Tetapi kamu (orang-orang kafir) memilih kehidupan duniawi. Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal.” (QS. ...