Catatan

SUDAHKAH KITA MENGETUK PINTU INI??

Imej
Wahai sahabatku yang sedang di landa duka nestapa, yang sedang di landa kesedihan, yang dunia sedang tidak memihak kepadamu dan tertutup semua pintu rezeki bagimu, yang sedang tertimpa kefakiran dan lelah dengan segala usaha sedang segala pintu tertutup!. Tanya pada diri, " Sudahkah kita mengetuk pintu ini? Pintu yang tiada pernah tertutup kerana Pemiliknya Zat Yang Maha Pemurah, Hidup, dan terus-menerus mengurus (makhluk-NYA) serta Zat yang tidak pernah mengantuk dan tidur. Pemilik pintu tersebut senantiasa melihat tempatmu berada dan mendengar perkataanmu. Tiada suatu apa pun yang disekelilingmu tersembunyi dari-NYA. Tahukah kita pintu apakah itu? Itulah pintu Doa. Tahukah siapa Pemiliknya? Pemiliknya Zat Yang Maha Pemurah, Maha Pengasih, Maha Penderma. Pemurah yang tidak bakhil dan Penderma yang perbendaharaannya selalu penuh, tidak pernah surut dan berkurang. Dialah ALLAH Yang Maha Agung. Tempat bersimpuh bagi yang berduka, tempat meminta tolong bagi yang tertimpa musibah,...

Renungan Bersama...

Khalil bin Ahmad menyatakan, bahawa darjat manusia terbahagi kepada empat macam, iaitu: Manusia yang tahu (mengerti), dan dia tahu bahawa ia tahu. Yang demikian ialah manusia yang berilmu, yang boleh dijadikan pemimpin. Manusia yang tahu tapi dia tidak tahu bahawa dia tahu. Orang yang demikian sedang tertidur dan perlu dibangunkan. Orang yang tidak tahu, dan dia tahu bahawa dia tidak tahu. Orang yang demikian perlu dibimbing supaya menjadi cerdas. Orang yang tidak tahu dan tidak tahu bahawa dia tidak tahu. Orang yang demikian harus dijauhi. Manusia terdiri daripada 4 golongan: Senang di dunia dan senang di akhirat. Susah di dunia dan senang di akhirat. Senang di dunia dan susah di akhirat. celaka di dunia dan celaka di akhirat...(Nau'zubillah) 4 perkara yang tidak pernah puas dari 4 perkara: Tanah dari air Wanita dari laki-laki Mata dari memandang (melihat) Orang Alim dari ilmu 4 perkara yang membinasakan: Penglihatan yang tertutup Hati yang kesat ...

Masjid: Adab dan kelebihannya

Imej
Di dalam dunia, tempat yang paling dicintai oleh ALLAH S.W.T ialah masjid dan tempat yang paling di benci oleh ALLAH S.W.T ialah pasar. Mereka yang pergi mengerjakan solat pada waktu subuh membawa bendera Iman, sementara mereka yang ke pasar (tanpa bersolat subuh) membawa bendera syaitan. Barangsiapa yang membina masjid kerana ALLAH S.W.T di dunia ini, ALLAH S.W.T akan membina untuknya satu mahligai di dalam syurga. Barangsiapa yang menghamparkan tikar atau permaidani di dalam masjid, sentiasalah Malaikat akan memohon ampun baginya selama mana tikar itu terhampar. Barangsiapa memasang pelita atau lampu di dalam masjid maka itu sebagai mas kahwin bidadari. Mengeluarkan sesuatu yang menyakiti atau najis dari dalam masjid maka ALLAH S.W.T akan membina untuknya sebuah rumah di dalam syurga. Hati dunia ini ialah orang islam dan hati sesebuah tempat penempatan seperti kampung, bandar dan sebagainya ialah masjid. Makmur masjid bermakna makmurlah tempat itu dengan rahmat ALLAH S.W.T ...

Solat Tahajjud: Adab dan kelebihannya..

Imej
Solat dua rakaat di tengah malam adalah lebih berharga dari segala harta kekayaan dunia ini. Jika tidak kerana aku takut ia menyusahkan ummatku nescaya akan kuwajibkannya. Semulia-mulia ummatku ialah Hamalatul Quran dan mereka yang bersolat malam. Cahaya di dalam kubur diperolehi melalui solat tahajjud. Teruskanlah solat tahajjud kerana ianya perjalanan orang-orang soleh, cara untuk mendekati ALLAH TAALA, menyebabkan terampunnya dosa-dosa dan menyihatkan kesihatan tubuh badan. ALLAH sangat suka dan cinta kepada mereka yang mengosongkan tempat tidur mereka di malam hari untuk solat tahajjud. Orang yang berlapar didalam solat tahajjud, bidadari akan datang mengelilinginya. Nabi Ibrahim a.s dilantik menjadi Khalilullah kerana Baginda suka memberi makan, suka memberi salam, dan bersolat tahajjud di tengah malam. Tanda orang yang bertaqwa ialah berbuat baik didunia, sedikit tidur dimalam hari dan di akhir malam mereka memohon ampun kepada ALLAH S.W.T Jika seorang suami mengejutka...

Fadhilat bersugi...

Imej
Bersugi merupakan sunnah Rasulullah S.A.W. Solat yang dikerjakan dengan bersugi adalah 70 kali lebih baik daripada solat yang dikerjakan tanpa bersugi. Di riwayatkan dalam sebuah hadith, " Hendaklah kamu mengambil berat tentang bersugi, kerana bersugi mempunyai 10 faedah:- Membersihkan mulut. Menjadi sebab keredhaan ALLAH S.W.T Menyebabkan kemarahan syaitan. ALLAH S.W.T dan para malaikat mengasihi orang yang bersugi. Menguatkan gusi. Menghilangkan gelema. Mewangikan mulut. Menghapuskan safra (sejenis penyakit). Menguatkan pandangan mata. Menghilangkan bau busuk mulut. sumber: Buku Fadilat Sugi

Zikir membuka pintu Makrifatullah..

Imej
Sebagaimana firman ALLAH S.W.T yang bermaksud:- " Berzikirlah dengan menyebut nama ALLAH sebanyak-banyaknya" hendaklah kita sentiasa berzikir pada waktu malam ataupun siang, di daratan ataupun di lautan, semasa berada dalam perjalanan atau tidak, dalam keadaan miskin ataupun kaya, ketika sakit ataupun sihat dengan perlahan ataupun nyaring dan dalam apa-apa saja keadaan." Hafiz Ibnu Hajar rah. menulis di dalam kitabnya Al-Munabbihat tentang satu riwayat daripada Hazrat Uthman r.anhu tentang tafsir ayat Al-Quran yang bermaksud, " Dan di bawahnya ada harta simpanan bagi mereka berdua." Iaitu kisah 2 orang anak yatim yang harta simpanan untuk mereka berdua ialah satu papan tulis daripada emas yang tertulis tujuh baris ayat yang bererti:- Aku hairan terhadap sikap orang mengetahui bahawa adanya maut tetapi dia masih berketawa. Aku hairan terhadap sikap orang yang mengetahui bahawa satu hari dunia ini akan binasa tetapi dia masih terpesona kepada dunia. ...

Solat merupakan tiang agama...

Imej
Hazrat Shaqiq Balkhi rah. seorang ahli sufi dan wali ALLAH yang masyhur berkata," Kami mencari lima perkara dan menemui perkara-perkara itu melalui lima amalan, Keberkatan rezeki melalui Solat Dhuha Cahaya di dalam kubur didapati melalui Solat Tahajud Jawapan terhadap Soalan Munkar dan Nakir melalui membaca Al-Quran Mudah melintasi titian sirat didapati melalui berpuasa dan bersedekah Mendapat Naungan di bawah Arasy Ilahi melalui mengingati ALLAH S.W.T dalam keadaan bersunyi diri. Sesetengah ulama berkata bahawa terdapat dalam hadith, sesiapa yang menjaga solatnya maka ALLAH S.W.T akan mengurniakan ( Lima Keistimewaan ):- Di angkat kesempitan hidup didunia daripadanya. Akan dihindarkan daripada azab kubur. Dia akan menerima buku catatan amalnya melalui tangan kanan. Akan dapat melintasi titian sirat sepantas kilat. Akan memasuki Syurga tanpa Hisab.

Solat dapat menyembuhkan kelumpuhan...

Imej
ALLAH S.W.T berfirman: " Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk". (Al-Baqarah:45) Solat adalah anugerah dan kurnia yang sangat besar untuk menghilangkan kegalauan dan keresahan jiwa, membahagiakan dan menguatkan hati serta melapangkan dada. Dengan solat hati bisa langsung berhubung dengan ALLAH S.W.T. Solat merupakan amal ibadah yang paling baik, sebagaimana yang diterangkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. Sedangkan berdiri di depan ALLAH S.W.T memiliki banyak hikmah dan rahsia dalam meraih kesihatan. ALLAH berfirman: " Dan sesungguhnnya mengingat ALLAH (solat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadah-ibadah lain). Dan ALLAH mengetahui apa yang kamu kerjakan". (Al-Ankabut:45) Setiap kali Rasulullah S.A.W menghadapi masalah, dengan serta merta beliau melakukan solat. Solat juga sebagai terapi efektif bagi tubuh. Ibnu Majah meriwayatkan bahawa Abu Hurairah r.a berkata, ...

Kisah cerita gadis belia dengan puasanya...

Dulu, ketika masih berumur sepuluh tahun, saya dijangkiti penyakit psoriasis (seperti penyakit kulit yang berupa bintik-bintik merah yang muncul pada kulit dan sebelah luarnya dilapisi semacam selaput). Waktu itu saya tidak memiliki harapan sembuh, kerana sudah banyak doktor pakar kulit mengatakan kepada ayah, " Pakcik sudah seharusnya beradaptasi dengan penyakit ini dan cubalah untuk hidup berdampingan dengan putri anda dengan kondisi seperti ini. Sebab penyakit psoriasis memang benar-benar membebani, dan biasanya mengambil masa yang lama untuk bisa sembuh. Begitulah, saya lewati hari-hari yang panjang dengan mengidap penyakit ini dan jiwa rasa tertekan. Aku pun sering menghindarkan diri dari masyarakat. Sampai akhirnya saya mengalami depresi yang amat dalam dan harapan sembuh dari penyakit ini semakin menipis. Di samping itu, saya mencuba berbagai jenis pengobatan, namun tetap tidak membuahkan hasil. Satu hal lagi yang membuat dada semakin sesak dan amat menyakitkan, iaitu pen...

Kisah DOA Seorang Ibu....

Imej
Beberapa tahun yang silam (yaitu ketika tersebarnya wabak penyakit, kefakiran, kelaparan), ada seorang anak kecil terkena penyakit cacar ganas (herves) yang pada saat itu belum ditemukan ubatnya. Maka keluarganya tidak ada pilihan lain, kecuali harus bersabar dan hanya mengharapkan pahala dari ALLAH atas cubaan yang menimpa anak mereka. Pada suatu hari, sang ibu memperhatikan anaknya yang sedang berjalan meraba berpegangan dinding kamar. Ia tahu bahawa penyakit tersebut telah mengakibatkan buta mata anaknya, penyejuk mata dan buah hatinya. Namun Alhamdulillah, sang ibu mempunyai aqidah yang lurus dan iman yang kuat menunjang dalam hati. Sehingga ia tidak terlalu bersedih hati atau berteriak. Akan tetapi, ia menauhidkan ALLAH, memuji-NYA dengan pujian yang indah. Ia pergi berwudhu, kemudian menuju mushallanya dan solat 2rakaat dengan sujud yang panjang. Ia berdoa dalam sujudnya, " Ya Rabb, kalau seandainya Engkau butakan mata anakku, maka janganlah Engkau butakan mata hatinya! Ya...

Kisah Batu karang dalam ginjal dan Sedekah

Seorang ayah mengeluh kerana sakit yang tiba-tiba tanpa diketahui penyebabnya. Ia sentiasa mengerang kesakitan kerana kesakitannya yang luar biasa. Anaknya membawanya ke doktor untuk mengetahui penyebab sakitnya itu, lalu doktor mulai memeriksa penyakitnya. Ternyata hasil pemeriksaan menunjukkan adanya batu karang dalam ginjalnya. Batu karang itu harus dikeluarkan melalui pembedahan. Ayah dan anak tersebut seterusnya pulang ke rumah bagi mempersiapkan pembedahan sebelum tiba waktunya. Pada pagi harinya, anak tersebut pergi ke tempat kerjanya yang baru sebulan dia bekerja dan hari itu ialah akhir bulan saat menerima gaji. Ia merasa senang sekali menerima gajinya. Kerana itu adalah gaji pertama yang ia dapat dari pekerjaan barunya. Saat ia pulang ke rumah, ia melihat seorang fakir miskin yang dalam keletihan. Anak itu mulai memperhatikan kondisi itu. Tiba-tiba ia menetapkan suatu tindakan dengan cepat yang ia harus menyedekahkan seluruh gajinya kepada orang fakir miskin tersebut dengan...

KISAH ISTERI KEMBALI TENANG KERANA KELEBIHAN ISTIGHFAR

Imej
Seseorang menceritakan kisahnya, Pada suatu hari, aku menuju pulang ke rumah setelah seharian penuh merasakan kepayahan dan keletihan. Sesudah tibanya aku dirumah, yang mana tatkala aku membuka pintu, ternyata isteriku telah menanti kedatanganku serta tampak pada dirinya tanda-tanda marah dan emosi. Ia pun bergegas menegurku dengan pertanyaan bertubi-tubi. Kerana tak kuasa menahan diri, aku menegurnya dengan kemarahan dan emosi pula. Padahal, saat itu waktu menunjukkan akhir malam. Perdebatan dan amarah pun berlanjutan hingga menjelang subuh. Akhirnya, isteriku mengambil keputusan untuk meninggalkan rumah untuk pergi ke rumah orang tuanya. Aku pun berusaha membatalkan keputusannya, namun tidak berhasil. Ia pergi ke kamar dan berkemas-kemas menyiapkan beg pakaiannya untuk meninggalkan rumah. Lantas aku keluar dari rumah dan saat itu aku tidak tahu kemana inginku tuju. Saat itu aku berada dalam keadaan sangat marah dan emosi. Berhampiran dengan rumahku terdapat sebuah masj...

Pesanan bagi kaum ibu/isteri...

Imej
Madrasah pertama bagi anak-anak adalah di dalam rumah itu sendiri, hanya dengan adanya suasana iman, ilmu dan amal soleh mengikut sunnah Rasulullah S.A.W akan mendapat kejayaan disisi ALLAH S.W.T, hendaknya ibubapa membentuk anak-anak menjadi hamba ALLAH S.W.T yang berjaya didunia dan diakhirat. Anak yang dilahirkan ibarat sehelai kain putih, ibubapalah yang mencorakkannya samada menjadi yahudi, nasrani, majusi ataupun mukmin sejati. Amalan-amalan kaum ibu ketika mengandung juga amat penting bagi mempengaruhi tindak-tanduk anak yang dilahirkan kelak...semoga dengan adanya amalan-amalan sunnah yang kita amalkan dalam kehidupan seharian juga dapat memupuk rasa cinta anak pada Pesuruh ALLAH, Nabi Muhammad S.A.W dalam kehidupannya, perbanyakkan percakapan akan kebesaran ALLAH S.W.T kepada anak-anak dari kecil lagi, CINTAILAH ALLAH DAN RASUL, ALLAH Maha Berkuasa, makhluk tak berkuasa, segala yang berlaku hanya dengan izin ALLAH, hatta nak menggerakkan satu jari atau mengelipkan mata, semuan...

6 perkara yang terdapat pada para sahabat....

Imej
Kejayaan manusia adalah terletak sejauh mana ketaatan kita pada perintah ALLAH S.W.T, menjauhi larangannya, menghidupkan sunnah Rasulullah S.A.W dalam kehidupan kita. Dunia adalah sementara dan kehidupan akhirat adalah tempat kembali yang kekal abadi. Oleh itu dengan adanya 6 perkara yang terdapat pada para sahabat akan memudahkan kita mengamalkan keseluruhan agama dalam kehidupan kita, InsyaALLAH..sama-sama kita mencari keredhaan ALLAH, sepertimana ALLAH telah redha pada para sahabat ketika didunia lagi.... Rasulullah S.A.W bersabda, " Sahabatku umpama bintang di langit, ikutilah mereka nescaya kamu tidak akan tersesat". 1) Yakin dengan sebenar-benar yakin akan kalimah Toiyyibah (La ilahaillallah Muhammadurrasulullah. 2) Solat yang khusyuk dan khuduk 3) Ilmu dan zikir 4) Ikram Muslimin 5) Ikhlas niat semata-mata hanya kerana ALLAH. 6) Dakwah dan tabligh

Ya Makkah